CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR HARAP ANDA BERSEDIA SAYA AKAN PAPARKAN TAJUK PENTING DAN SPOT QUESTION NEXT WEEK ..GAMBATTE KU DASAI JA NE
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Monday, March 9, 2009

BINCANGKAN KEPENTINGAN ZAMAN NEOLITIK KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.




A. PENGENALAN. ( 3 markah )

1. Sebelum kewujudan tamadun manusia, manusia menyara kehidupan mereka dengan memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah kira – kira 3,500 tahun dahulu apabila manusia mengetahui cara – cara menternak binatang. Dengan adanya pengetahuan itu perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia.

2. Melalui kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang, manusia mula mengeluarkan sendiri keperluan makanan mereka. Sejak sepuluh ribu tahun dahulu, masyarakat pemungut dan memburu itu semakin pupus. Manusia juga mula membina tempat tinggal yang tetap di kawasan perkampungan sekitar kawasan mereka menjalankan kegiatan bertani dan menternak. V. Gordon Childe, seorang ahli arkeologi terkemuka mensifatkan perubahan – perubahan itu sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia.

3. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur – ansur di tempat – tempat tertentu pada period yang berbeza – beza, tetapi ia telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya. Kebanyakkan ahli sejarah menganggap perubahan dalam zaman Neolitik ini sama pentingnya dengan revolusi perindustrian abad ke – 18 dan abad ke – 19 dari segi mencetuskan perubahan – perubahan ke atas kehidupan manusia.

4. Perbezaan Zaman paleolitik dan zaman neolitik – cirri-ciri secara umum

5. Ahli sejarah percaya penemuan kaedah menanam dan menternak binatang bermula sekitar 10,000 – 5,000 ribu tahun lalu di Asia Barat. Di kawasan inilah manusia mula menanam gandum dan barley serta menternak kambing, biri – biri dan khinzir sebagai bekalan makanan mereka. Di kawasan ini jugalah munculnya perkampungan manusia yang awal, Jerico, yang terletak di Palestine mengikut analisis radiokarbon muncul pada tahun 7800 sm. Kawasan seluas 8000 ekar ini didami oleh tiga ribu orang penduduk. Manakala di catal Huyuk di selatan Turki muncul pada tahun 6500 SM. Kira – kira pada tahun 4500 SM. Kampung – kampung Neolitik bertebaran muncul di Iran, Iraq, Syria, Turki dan Mesir.

B. KEPENTINGAN ZAMAN NEOLITIK KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.

( 7 isi x 3 markah = 21 markah )

Perubahan yang berlaku itu membawa beberapa perubahan besar ke atas kehidupuan manusia antaranya ialah:

1. Aktiviti penanaman dan penternakan binatang telah meningkatkan taraf hidup kerana manusia tidak perlu lagi bergantung kepada sumber – sumber semulajadi yang dapat ditemuinya. Manusia telah dapat menambah bekalan keperluan mereka dengan menanam tanaman di kawasan lebih luas dan menternak binatang dengan lebih banyak.

2. Penemuan bajak dan roda – telah menambahkan lagi daya produktiviti manusia. Penemuan bajak misalnya menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.

3. Kemunculan perkampungan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan – kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Peningkatan ini berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan.
Kemunculan perkampungan seperti di Jerico menunjukan bahawa inilah buat pertama kalinya manusia hidup dalam komuniti yang besar menetap, mempunyai tempat kediaman tetap dan mengawal pengeluaran makanan mereka sendiri.

Perkampungan yang sama juga dikatakan berlaku di Asia Tenggara ( 9000 SM ), Greece ( 8000 SM ), Kepulauan Britian dan Scandinavia, Mesir, Amerika dan China ( 7000 SM ). Di kawasan ini juga manusia mula membina perkampungan, menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan binatang. Di Asia Tenggara misalnya, manusia menggunakan pengetahuan mereka menanam padi sawah dan menternak lembu dan kerbau untuk keperluan mereka.

4. Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam seperti tembikar , tanah liat dan kayu . Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu – satu kawasan petempatan juga menjadi semakin kompleks. Bermula dengan kemajuan inilah juga membawa kepada perubahan besar dari segi hubungan manusia dengan alam persekitaran mereka. Buat pertama kali, manusia mula menggunakan pengetahuan ( ilmu ) untuk menyara hidup mereka

5. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di satu – satu kawasn membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.

6. Kehidupan yang bertambah kompleks tadi menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arah kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan agama.

7. Dari situ, munculnya institusi – institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama kelamaan masyarakat di suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

8. Urbanisasi – perkampungan berubah menjadi Bandar menyebabkan masyarakat tahu menggunakan tembaga , besi bagi menggantikan batu spt dalam aktiviti pertanian. Kemajuan yang boleh dibawa revolusi neolitik membuka laluan kepada penggunaan tembaga dan besi menggantikan batu sebagai alat senjata dan juga akhirnya sekitar tahun 3000 – 4000 SM membawa kepada munculnya bandar sebagai pusat kehidupan baru manusia.

9. Agama dan kepercayaan telah membantu manusia akur dengan hukum alam. Membawa kepada penyembahan pemujaan unsur alam dan dewa dewi bagi mengelakkan kejadian malapetaka menimpa mereka seperti kemarau , banjir , tanaman tidak menjadi dan sebagainya.

10. Setelah kehidupan manusia menjadi lebih kompleks, manusia bukan sahaja perlu memikirkan secara rasional bagaimana menambah hasil pertanian dan ternakan, tetapi juga menyimpan ilmu pengetahuan mereka. Ini membawa kepada munculnya tulisan untuk memenuhi keperluan tersebut.

C. . KESIMPULAN. ( 2 markah )

Kemajuan yang dicapai oleh manusia melalui revolusi Neolitik membuka jalan kepada berkembangnya tamadun manusia. Keperluan kehidupan yang semakin bertambah dan pelbagai membawa kepada terciptanya pelbagai alat dan kemahiran bagi menghasilkan barangan atau membentuk institusi bagi memenuhi keperluan berkenaan. Dari situlah munculnya teknologi membina sistem perairan, sistem politik, intistusi keagamaan dan pendidikan bagi melicinkan perjalanan kehidupan masyarakat dan survival mereka seterusnya.Apabila sesebuah masyarakat manusia menunjukan keupayaan berbuat demikian, maka munculnya manusia terbuka luas setelah berlakunya revolusi neolitik. Jadi, revolusi neolitik mempunyai kepentingan yang amat besar dalam membawa manusia kepada kehidupan seperti yang kita nikmati sehingga hari ini.

1 comments:

Anonymous said...

terima kasih sebab maklumat anda banyak membantu dalam projek presentation power point subjek sejarah di sekolah

BAB 1 TAMADUN ISLAM

MAKSUD JAHILIAH

Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )

AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah

SOSIAL

2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )

Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham

2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun

EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi

ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

RUMUSAN :

Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

LATIHAN

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

HANTAR TUGASAN ANDA

name:
email:

SOALAN 1 MAKSUD JAHILIAH:
jahil dari segi agama
Quraan Merumuskan Tiada Nabi
Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan

other comments:

KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER