CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR HARAP ANDA BERSEDIA SAYA AKAN PAPARKAN TAJUK PENTING DAN SPOT QUESTION NEXT WEEK ..GAMBATTE KU DASAI JA NE
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Monday, March 9, 2009

1. HURAIKAN PERANAN DAN PENGARUH ALAM SEKITAR DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN PADA ZAMAN PRASEJARAH DENGAN MERUJUK KEPADA CONTOH-CONTOH YA

1. HURAIKAN PERANAN DAN PENGARUH ALAM SEKITAR DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN PADA ZAMAN PRASEJARAH DENGAN MERUJUK KEPADA CONTOH-CONTOH YANG SESUAI.

A. PENDAHULUAN ( 3 markah )

1. Definisi zaman prasejarah ialah zaman yang tidak merekodkan secara bertulis mengenai kehidupan manusia. Kehidupan manusia dapat dikesan menerusi bukti-bukti yang diwarisi seperti binaan-binaan, fosil-fosil , artifak , tembikar,serpihan tulang manusia.
2. Zaman ini terbahagi kepada 3 peringkat-zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Dari segi jangka masa dan keadaanya.
3. Zaman sejarah- zaman bermulanya tamadun awal manusia ( zmn neolitik )
yang memperlihatkan adanya catatan rekod sejarah kehidupan manusia.
4. Contoh manusia pra sejarah – Peking man , Jawa man , Neanderthal dan Cro-magnon ,

B. ISI-ISI PENTING ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )

1 Cara hidup

Pengaruh alam sekitar kepada cara hidup sebagai parasit persekitaran Masyarakat
Paleolitik Mereka berpindah randah dlm kumpulan kecil / hidup nomad dalam
lingkungan kawasan yang luas disebabkan pada tahap Plestosen dimana muka bumi
dilitupi
ais/air batu dan kawasan daratan telah ditenggelami air. Cara hidup nomad juga
disebabkan oleh keperluan mencari bahan makanan Mereka juga tidak berharta.
Pencairan air batu telah mengubah cara hidup masyarakat Pada zaman Neolitik
manusia tidak lagi berpindah randah , Mereka mempunyai harta dan tanah.mereka
mula membina petempatan yang tetap dan seterusnya wujud kampung-kampung sebagai
petempatan awal yang seterusnya mempengaruhi proses urbanisasi.

2. Petempatan
Persekitaran yang sejuk telah mempengaruhi masyarakat Paleolitik tinggal
di dalam gua ,lubang bawah tanah , bawah ranting kayu utk melindungi diri dari kesejukan dan ancaman binatang buas. Contoh petempatan di Gua Niah,Sarawak , Tingkayu Sabah dan lain-lain lagi.
Perubahan cuaca panas membawa kepada kemunculan tasik dan sungai dijadikan sebagai
tempat mereka tinggal di tepi sungai, persisiran pantai dan tanah pamah Menjalankan kegiatapertanian dan mula menetap dan membina perkampungan. Contoh perkampungan manusia yang awal,
Jerico, yang terletak di Palestine mengikut analisis radiokarbon muncul pada tahun 7800 sm.
Kawasan seluas 8000 ekar ini didami oleh tiga ribu orang penduduk. Manakala di Catal Huyuk
di selatan Turki muncul pada tahun 6500 SM. Kira – kira pada tahun 4500 SM.


3. Ekonomi
Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik manusia memperoleh
bahan-bahan makanan berdasarkan pencarian yang tidak habis – habisan,
memperolehi sumber alam semata-mata menerusi kegiatan berburu, menangkap ikan
dan memunguthasil hasil hutan dan asas ekonomi tidak dapat menampung
pertambah bilangan penduduk yang ramai .
Perubahan persekitaran dan iklim berikut dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang – binatang yang biasa diburu lenyap dengan pengunduran lapisan – lapisan air batu. Iklim yang lebih panas serta kemunculan tumbuh – tumbuhan memaksa manusia pada zaman neolitik mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian dan penternakan . Banjir yang kerap berlaku mengekalkan kesuburan tanah unruk aktiviti pertanian. Manusia mula menanam gandum dan barley serta menternak kambing, biri – biri dan khinzir sebagai bekalan makanan mereka.
Kemunculan perkampungan, kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang seperti di Jerico itu menunjukan bahawa inilah buat pertama kalinya manusia hidup dalam komuniti yang besar menetap, mempunyai tempat kediaman tetap dan mengawal pengeluaran makanan mereka sendiri. Lebihan makanan juga membawa kepada munculnya perdagangan . Bermula dengan kemajuan inilah juga membawa kepada perubahan besar dari segi hubungan manusia dengan alam persekitaran mereka. Buat pertama kali, manusia mula menggunakan pengetahuan ( ilmu ) untuk menyara hidup mereka.

4. Peralatan
Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan untuk kegunaan seharian.
Dengan adanya batu , kayu dan tulang binatang menyebabkan Masyarakat Paleolitik
Mencipta peralatan sebagai senjata walaupun buatannya lebih kasar dan fungsinya terhad.
Terbukti dengan munculnya alat – alat batu seperti “pebble” dan “flaked tool” yang dibuat untuk memenuhi fungsi – fungsi ekonomi dan mempertahankan diri. .
Pada zaman neolitik dengan penemuan logam dan gangsa , kepelbagaian alat – alat telah dihasilkan dengan kaedah – kaedah pembuatan peralatan yang lebih kompleks dan halus. Perkembangan dalam bidang pertanian pula membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul , bajak , tajak dan roda .Kebudayaan materialnya termasuk tembikar dan penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajarinya.

5. Kepercayaan
Alam mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia. Kehidupan manusia pada zaman percaya benda di sekeliling mereka mempunyai semangat yang harus dihormati.
Hutan,pokok gunung matahari, laut angin dan panahan petir dan sebagainya mempunyai semangat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar tidak merasa marah.
Manusia Neolitik telah memepertajamkan pemikiran konseptual mereka. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai – nilai agama yang berkaitan dengan penyembahan dewa – dewi untuk menjamin hasil tanaman dapat berlipat kali ganda. Masyarakat Neolitik percaya kejadian banjir dan kemarau telah membawa kepada semangat tanaman yang perlu dipuja untuk mengalakan ditimpa bencana. Dengan ini Lahirlah upacara-upacara pemujaan, upucara ritual ( pengkebumian – keranda dll), tarian , amalan korban sebagai bukti bahawa mereka percaya kpd kuasa alam semesta .
utk mengawal dan melindungi kehiodupan mereka.


6. Sungai
Kemunculan sungai turut mempengaruhi kemunculan petempatan, sistem pengairan untuk pertanian .Kepelbagaian tumbuhan rumput menjadi bahan makanan kepada binatang ternakan di lembah sungai .
Sungai juga terdapatnya Sumber protein , bahan binaan ( lumpur/tanah liat ) untuk membuat batu
bata sebagai alat pengangkutan dan perhubungan serta aktiviti perdagangan

7. Kejadian panahan petir dan kilat menyambar pokok menjadi faktor galakan mereka menghasilkan api dengan kaedah geseran batu . Api merupakan elemen penting bagi memanaskan badan dalam persekitaran yang sejuk Ianya juga mendorong mereka melukis gambar binatang di dinding gua kerana mereka percaya gambar tersebut ada kuasa ghaib yang membantu mereka berburu.

8. Alam sekitar juga mempengaruhi manusia pada zaman paleolitik membuat pakaian daripada kulit dan bulu binatang disebabkan suhu yang sejuk. Keadaan ini berbeza pada zaman neolitik mula membuat pakaian daripada gentian tanaman. Perubahan persekitaran telah mempengaruhi manusia pada masa itu mencipta alat tenunan.


C. KESIMPULAN ( 2 markah )

Kesimpulannya menunjukkan bahawa alam sekitar telah banyak mempengaruhi corak kehidupan manusia pada zaman Paleolitik dan Neolitik. Corak kehidupan manusia bergantung kapada perubahan persekitaran. Manusia telah dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza melalui pemikiran ,pembelajaran dan penciptaan ke arah kehidupan yang lebih teratur dan bertamadun .

0 comments:

BAB 1 TAMADUN ISLAM

MAKSUD JAHILIAH

Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )

AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah

SOSIAL

2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )

Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham

2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun

EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi

ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

RUMUSAN :

Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

LATIHAN

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

HANTAR TUGASAN ANDA

name:
email:

SOALAN 1 MAKSUD JAHILIAH:
jahil dari segi agama
Quraan Merumuskan Tiada Nabi
Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan

other comments:

KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER