CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR HARAP ANDA BERSEDIA SAYA AKAN PAPARKAN TAJUK PENTING DAN SPOT QUESTION NEXT WEEK ..GAMBATTE KU DASAI JA NE
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Wednesday, October 14, 2009

JELASKAN TAKTIK DAN STRATEGI PEPERANGAN YANG DISARANKAN OLEH SUN TZU DALAM BUKU ‘ SENI PEPERANGAN ‘( ART OF WAR ).



Soalan 1 :
A. PENGENALAN.

1. Latarbelakang Sun Tzu.

1.1 Berkhidmat sebagai panglima tentera bagi kerajaan Wu dan memimpin pasukan tentera bagi menewaskan negeri Chu dan Ying..
1.2 Menghasilkan sebuah buku berjudul seni peperangan yang dianggap buku ketenteraan yang tertua dan terbaik.
1.3 Buku Seni Peperangan mengandungi 6000 patah perkataan dalam 13 bab mengemukakan 13 taktik dan strategi peperangan yang harus diketahui oleh panglima tentera.
1.4 Taktik dan strategi yang disarankan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemerintah di negara China untuk meluaskan kuasa dan mengukuhkan kedudukan politik mereka.
2. Idea ini mempengaruhi para pemerintah dan pemimpin di China ketika itu.
3. pada zaman sekarang idea ini digunakan untuk tujuan perniagaan.



Born c. 544 BC (traditional)
Died c. 496 BC (traditional)
Occupation Military commander
Ethnicity Chinese
Writing period 722–481 BC or 476–221 BC (disputed)
Subjects Military strategy
Notable work(s) The Art of War

un Tzu[1] is traditionally believed to have authored The Art of War, an influential ancient Chinese book on military strategy considered to be a prime example of Taoist thinking. Sun has had a significant impact on Chinese and Asian history and culture, both as an author of The Art of War and through legend. During the 19th and 20th centuries, Sun's The Art of War grew in popularity and saw practical use in Western society, and his work has continued to influence both Asian and Western culture and politics.

Historians have questioned whether or not Sun was an authentic historical figure. Traditional accounts place him in the Spring and Autumn Period of China (722–481 BC) as a heroic general of the King of Wu who lived c. 544—496 BC. Scholars accepting his historicity place his supposed writing The Art of War in the Warring States Period (476–221 BC), based on the descriptions of warfare in the text. Traditional accounts state that his descendant, Sun Bin, also wrote a master treatise on military tactics.

ISI – ISI PENTING 10 isi x 2 markah

13 taktik dan strategi peperangan yang dikemukakan oleh Sun Tzu dalam buku Seni Peperangan :

1. Anggaran.
i. merujuk kepada kajian teliti oleh pemerintah sebelum melancarkan peperangan kerana ia melbatkan nyawa dan masa depan negara


2. Melancarkan peperangan.
i. panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang singkat peperangan yang berpanjangan harus dielakkan kerana tidak mendatangkan sebarabg faedah, melemahkan semangat askar serta memakan kos yang tinggi.

3. Strategi menyerang.
i. seseorang panglima perang harus mengatur strategi untuk menawan musuh tanpa peperangan yang berlarutan. Strategi yang terbaik ialah menewaskan musuh tanpa kekerasan



4. Taktik penempatan.
i. taktik penempatan yang baik ialah apabila dapat memilih lokasi yang paling baik untuk menempatkan tentera dan harus dirahsiakan dari pihak musuh. Seseorang bpanglima tentera yang baik mampu mengubahsuai taktiknya bersaskan tindak tanduk musuh.

5. Mobilisasi tentera.
i. Sun Tzu menyarankan agar pasukan tentera sentiasa mengawasi gerak geri musuh. Khemah tentera harus dibina di tempat yang tinggi dan menghadap matahari. Serangan dengan mendaki gunung harus dielakkan.



6. Kelemahan dan kekuatan.
- kesudahan sesuatu peperangan dapat ditentukan jika seseorang panglima tentera dapat menggunakan kelebihan yang ada pada tenteranya dengan paling berkesan. Contohnya, pasukan tentera yang tiba lebih awal mempunyai persediaan yang lebih berbanding pasukan tentera yang lewat.

7. Menjalankan muslihat.
i. Sun Tzu menegaskan apabila menghadapi musuh yang lebih kuat, tipu muslihat adalah taktik terbaik yang boleh digunakan.

8. Sembilan pemboleh ubah.
i. Sun Tzu menyenaraikan sembilan keadaan yang boleh dihadapi atau wujud dalam peperangan dan bagi setiapa keadaan atau situasi tersebut tindakan yang berbeza harus dilakukan.

9. Situasi dan keadaan.
i. jika digunakan sebaik mungkin ia memainkan peranan yang penting. Sun Tzu berpendapat bilangan anggota tentera tidak semestinya menetukan kemenangan atau kekalahan. Apa yang lebih penting ialah adalah cara panglima tentera mengagihkan tenteranya.

10. Mengenali bentuk muka bumi.
i. Sun Tzu telah mengenalpasti enam jenis bentuk muka bumi antaranya ialah yang mudah dilalui, tempat yang sukar dilalui dan menyebabkan kelewatan, tempat yang sempit tempat yang tinngi dan jauh daripada musuh

11. Iklim atau cuaca.
i. keadaan berperang amat digalakkan pada musim panas dan kering serta berangin.



12. Serangan menggunakan api.
i. elakkan menggunakan api dalam peperangan kecuali jika terdesak kerana kemusnahan yang berlaku adalah sangat buruk. Penggunaan api dicadangkan ialah membakar peralatan, membakar gudang senjata, membakar saluran makanan dan membakar tentera musuh.

13. Menggunakan pengintip.
i. menurut Sun Tzu, panglima tentera yang baik mampu memperoleh kejayaan kerana telah mengumpul maklumat yang cukup tentang musuh melalui pengintipan. Sun Tzu telah mengkelaskan pengintip kepada lima jenis :
a. pengintip tempatan – penduduk negeri musuh
b. pengintip dalaman – terdiri daripada pegawai – pegawai musuh
c. pengintip kedua – dua pihak – pengintip yang dihantar oleh musuh digunakan untuk mendapat maklumat tentang pihak musuh.
d. Pengintip maut .



B. KESIMPULAN ( 1 markah ):

Jelaslah bahawa buku yang dihasilkan oleh Sun Tzu mengandungi banyak maklumat tentang strategi peperangan. Malah banyak idea yang dikemukakan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemimpin tentera Barat seperti Napoleon Bonaparte dan tentera Nazi Jerman. Idea – idea ini juga dikaji oleh pakar –pakar ketenteraan China, Korea dan Jepun. Maklumat yang terkandung dalam karya ini amat berharga. Karya ini banyak mengutarakan pertalian di antara pertimbangan dari segi politik serta polisi ketenteraan dan telah menjadi panduan kepada ahli politik dan ahli perniagaan sehingga sekarang.

Monday, September 28, 2009

MASYARAKAT ISLAM DI SEMANANJUG ARAB


2 KELOMPOK MASYARAKAT ARAB:

ARAB SELATAN ( KAHTAN ) ATAU ARIBAH.
ARAB UTARA ( ADNAN ) ATAU MUSTARIBAH.
SEBELUM ISLAM.
ARAB SELATAN LEBIH MAJU & BERTAMADUN.
KERAJAAN SABA & HIMYAR.
SELEPAS KEDATANGAN ISLAM.
ORG ARAB AKTIF DLM PELBAGAI BIDANG.
AKTIVITI SEMAKIN MELUAS – PENGARUH DAKWAH.

DI LUAR SEMENANJUNG TANAH ARAB

MASYARAKAT ISLAM DI IRAQ.
AHL AL-AYAM:
SUKU SYAIBAN DI TIMUR LAUT STA.
MENYERTAI PERANG AL-RIDDAH.
MEMPUNYAI PEMIMPIN SPT
AL-ASHTAR.
MALIK BIN AL-HARITH AL-NAKHAAI.
HUJR ADI AL-KINDI.
GOLONGAN TENTERA YG TERAWAL DI IRAQ.

3 GOLONGAN DI IRAQ:
GOLONGAN YG PERNAH MURTAD.
KAUM MUHAJIRIN & ANSAR.
AHL AL-AYYAM.
MELAKSANKAN PENTADBIRAN KETENTERAAN DI IRAQ.
PEMBAYARAN ELAUN.


MASYARAKAT ISLAM DI SYAM

DI UTARA STA MERANGKUMI : PALESTINE, JORDAN & SYRIA.
SEBELUM ISLAM – DIBAWAH KEKUASAAN ROM.
ORANG ARAB DARI SUKU KAUM:
KALB.
LAKHAM
JUDHAM.
BANGSA LAIN : YAHUDI & ROM.



MASYARAKAT ISLAM DI MESIR

NEGERI YANG TUA DIPERINTAH OLEH 30 DINASTI:
FIRAUN.
ISKANDAR ZULKARNAIN.
PTOLEMYS.
ROM
ISLAM.
KAUM QIBTI : BERAGAMA KRISTIAN PROTESTAN & KHATOLIK.
UMAR AL-KHATAB : BERLAKUNYA PERLUASAN KUASA ISLAM.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH


DIBENTUK MELALUI DAKWAH – GOLONGAN PENGHIJRAH/MUHAJIRIN.
MENYEBARKAN ISLAM KPD ORANG MADINAH KETIKA MUSIM HAJI : 3 TAHUN BERTURUT-TURUT.
TAHUN KE-11 KERASULAN : ORG KHZARAJ MENEMUI NABI MUHAMMAD – TUNAIKAN HAJI.
BUKIT AQABAH – NABI MEMBERIKAN PENERANGAN TENTANG ISLAM.
MUSIM HAJI BERIKUTNYA : 11 ORG KHAZRAJ & 2 ORG AUZ MENEMUI NABI.
TERMETERINYA PERJANJIAN AQABAH 1.

SELEPAS PERJANJIAN AQABAH 1 : MU’AB BIN UMAYR – DIHANTAR KE MADINAH UTK:
SEBARKAN ISLAM.
MENGAJAR AYAT – AYAT AL QURAAN.
TAHUN 13 KERASULAN NABI MUHAMMAD: 73 ORG AUZ & KHAZRAJ MENEMUI NABI.
MENGHASILKAN PERJANJIAN AQABAH II : MENYENTUH HAL PEPERANGAN.
MELANTIK 12 NAQIB : 9 KHAZRAJ & 3 AUZ

HIJRAH ‘PERPINDAHAN’

PERPINDAHAN UMAT ISLAM DARI MAKKAH KE MADINAH.

TUJUAN HIJRAH

RASA KECIWA DGN SIKAP PERMUSUHAN MUSYRIKIT DGN UMAT ISLAM DI MAKKAH.
MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT ISLAM YANG KUAT.

ORG ISLAM MERANCANG DGN TELITI SEBELUM HIJRAH.
ABU SALAMAH BIN ABD. AL-ASAD : ORANG PERTAMA YANG BERHIJRAH PADA 1 MUHARAM.
ROMBONGAN PERTAMA SERAMAI 70 ORANG & TIDAK DIKETAHUI ORANG MUSYRIKIN.
BERGERAK DALAM KUMPULAN KECIL

KEPENTINGAN HIJRAH:
1.MEMPERGIATKAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM.
SATU PROSES JANGKA PANJANG UMAT ISLAM.
MENDAPAT TEMAN SETIA : ABU BAKAR.
KEREDAAN & RESTU ALLAH

2. TAHUN HIJRAH DLM KALENDER ISLAM.
DIBUAT PADA ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATAB.
KESAN : URUSAN NEGARA ISLAM DIJALANKAN DGN LANCAR.
MENGIKUT PEREDARAN BULAN:
12 BULAN SETAHUN.
354 HARI DLM SETAHUN.

3. HIJRAH : ARAHAN DRPD ALLAH & PEKERJAAN BERKAITAN DGN AGAMA.
MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.
MADINAH : PUSAT SESUAI UTK PENYEBARAN ISLAM.
MEMPERLIHATKAN UNSUR MUKJIZAT.
MEMPERTINGKATKAN KEIMANAN.

4. MENJALANKAN KEGIATAN POLITIK LEBIH BEBAS.
MEMBENTUK PIAGAM MADINAH – PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM.
KEGIATAN KETENTERAAN ISLAM BERKEMBANG LUAS.

5. KEDUDUKAN EKONOMI ISLAM SEMAKIN KUKUH.
MUHAJIRIN MEMBERIKAN BANTUAN KPD ANSAR.
MADINAH : KEDUDUKAN YANG STRATEGIK.
SISTEM EKONOMI ISLAM DIPERKENALKAN.
KEMAKMURAN & HIDUP LEBIH STABIL.

6. SOSIAL
ZAMAN JAHILIAH : HIDUP SECARA INDIVIDULSTIK.
SELEPAS HIJRAH BERASASKAN AKHLAK & AKIDAH.
SETIAP ORANG DIBERI KEBEBASAN TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA & KETURUNAN.
KONSEP UMMAH.

7. PWMBWNTUKAN UMMAH
UMMAH : MASYARAKAT ATAU UMAT MANUSIA.
PIAGAM MADINAH : ASAS PEMBENTUKAN UMMAH.
PENYEBARAN ISLAM DI MADINAH LEBIH MUDAH BERBANDING DGN MAKKAH – UMMAH.
USAHA MENDAULATKAN AGAMA ISLAM.
PEMBINAAN MASJID – IBADAT & MASYARAKAT.
NABI MUHAMMAD MENYATUKAN UMAT ISLAM DI MAKKAH & MADINAH.
SELEPAS HIJRAH : 2 GOLONGAN MUHAJIRIN & ANSAR.

a.KAUM MUHAJIRIN.
PENGIKUT NABI YG BERHIJRAH DARI MAKKAH KE MADINAH.
ISTILAH BERASAL DRPD PERKATAAN HIJRAH – PINDAH.
MENDAPAT SOKONGAN & PERTOLONGAN KAUM ANSAR.
SURAH AL-BAQARAH :215 & AL-IMRAN :191.
MEMPERSAUDARAKAN MUHAJIRIN VS ANSAR.
b.KAUM ANSAR.
PENDUDUK MADINA : AUZ & KAZRAJ YG BERAGAMA ISLAM.
MEMBANTU NABI SEBELUM & SELEPAS HIJARH
BANYAK BERKORBAN UTK KEMBANGKAN ISLAM.

C. PENYATUAN UMMAH
MEMPERSAUDARAKAN KAUM MUHAJIRIN & ANSAR.
PERLAKSANAANNYA : MEMPERSAUDARAKAN 2 ORG MUHAJIRIN DGN ANSAR.
SEMANGAT PERSAUDARAAN : TIDAK MERASAKAN PERBEZAAN ANTARA MUHAJIRIN & ANSAR.
LEBIH KPD IKATAN PERSAUDARAAN AKIDAH & KEPERCAYAAN.
MUHAJIRIN TERLIBAT DGN PERNIAGAAN & PERDAGANGAN : TIDAK MENGHARAP SEPENUHNYA.

KUMPULAN MUNAFIK : BERPURA MENGANUT ISLAM – MUSUH DLM SELIMUT.
INGIN MENDAPAT KEPENTINGAN & KERJASAMA DNG YAHUDI.
ABDULLAH BIN UBAY : KOMPLOT DGN BANI QAINUQA.
PERANG KHANDAK – KAUM MUNAFIK MEMIHAK KPD YAHUDI. TIDAK PEROLEHI APA-APA

PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM DI MAKKAH.

AKTIVITI DAKWAH

DAKWAH – USAHA/CARA MEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM MAKKAH.
DILAKUKAN SECARA : SULIT & TERANG-TERANGAN.
SECARA SULIT:
KAUM KELUARGANNYA.
ANAK – ANAK ANGKATNYA.
SAUDARA MARA & PARA SAHABAT.
DILAKUKAN SELAMA 3 TAHUN.

ORANG PERTAMA YANG MENGANUT ISLAM:
SITI KHADIJAH ( WANITA)
ALI BIN ABU TALIB ( KANAK – KANAK )
ABU BAKAR AL- SIDDIQ ( LELAKI DEWASA )
DAKWAH SECARA SULIT DILAKUKAN BERHATI-HATI.
AL-ARQAM BIN ABI AL-ARQAM : MENGHADIAHKAN RUMAHNYA UTK PUSAT GERAKAN PENYEBARAN ISLAM.
3 TAHUN SECARA SULIT. TURUN WAHYU – SECARA TERBUKA.
SAMBUTAN DINGIN & MENGUTUK PERBUATAN NABI: ABU LAHAB – SURAH AL-LAHAB : 1-5

TENTANGAN & CABARAN
MUSYRIKIN TENTANG USAHA DAKWAH & MENCABAR BAGINDA TUNJUKAN MUKJIZAT.
KAUM QURAISY TERHINA KRN NABI MENYELAR AGAMA MEREKA – NENEK MOYANG.
MEMINTA ABU TALIB MEMUJUK NABI – TERUSKAN USAHA DAKWAH.
SIKAP & PENDIRIAN ABU TALIB TERHADAP NABI – MUSRIKIN MARAH.
GAGAL PUJUK NABI : TAWARKAN PEREMPUAN & KEMEWAHAN – TETAPI GAGAL.

CARA KOMPROMI – MINTA NABI MENYEMBAH BERHALA & MEREKA SEMBAH TUHAN NABI MUHAMMAD.
DITOLAK OLEH NABI MUHAMMAD. – SUARH AL-KAFIRUN.
QURAISY TAK MAHU BERALAH KRN –TAK MAHU KUASANYA TERGUGAT.
CARA PENYIKSAAN – ORNG ISLAM DISEKSA TETPI ISLAM SEMAKIN BERKEMBANG.
UMAT ISLAM HIJRAH KE HABSYAH & DILINDUNGI OLEH RAJA HABSYAH & TERTARIK DGN ISLAM.

PENGISLAMAN UMAR AL-KHATAB – SATU TAMPARAN KPD ORG MUSYRIKIN. ORG ISLAM KEMBALI SEMULA KE MAKKAH.
MEMULAUKAN BANI HASYIM & MUTTALI SERTA UMAT ISLAM – MELEMAHKAN PENGARUH UMAT ISLAM.
MEREKA HANYA BOLEH KELUAR PADA MUSIM HAJI – AMBIL KESEMPATAN SEBARKAN ISLAM.

SEBAB PENENTANGAN KAUM QURAISY KPD ISLAM.

INGIN MENGEKALKAN KUASA & PENGARUH SELAMA INI.
ISLAM PENTINGKAN PERSAMAAN TARAF & SANGAT BERTENTANG DGN MEREKA.
MEMPERTAHANKAN PUSAKA NENEK MOYANG. BIMBANG AMALAN INI AKAN HAPUS.
TAKUT PADA HARI PEMBALASAN KRN MEREKA BANYAK MELAKUKAN DOSA.
IRIHATI DGN KEDUDUKAN NABI MUHAMMAD.

Tuesday, September 15, 2009

Sistem pemerintahan Negara kota Madinah dan Rom

Pendahuluan
sistem pemerintahan kota Madinah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW selepas berlakunya peristiwa Hijrah.selepas menggulingkan raja- raja Etruscan yang zalim, pemerintahan beraja Negara kota Rom digantikan dengan sistem Republik

1. sistem pemerintahan

Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah sistem pemerintahan yang sistematik dan berkesan mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam.Kerajaa Rom pula sistem pemerintahan yang sistematik dan berkesan.Mengamalkan sistem Republik tulen

2. Ketua Negara/ ketua pemerintah

Madinah, Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin tertinggi bertindak sebagai ketua Negara, ketua agama, ketua hakim ,ketua tentera dan pemimpin masyarakat.
baginda merujuk kepada majlis Syura apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan Negara. Rom pula Ketua pemerintah Negara kota Rom ialah dua orang Konsul yang dilantik oleh Dewan Senat.Perlantikan dua orang konsul dapat mengimbangi kuasa antara kedua – duanya supaya penyelewengan dapat dikawal.

3. Institusi pemerintahan

Madinah ,Sistem pemerintahan kota Madinah mempunyai institusi yang dikenali sebagai majlis Syura. Dianggotai oleh nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berpengetahuan tinggi dalam bidang keagamaan tanpa mengira kedudukan atau keturunan.manakala Rom
Institusi utama pemerintahan Rom ialah Dewan Senat dan Dewan perhimpunan.Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan yang kaya dan mereka digelar senator Dewan Senat berfungsi melantik ketua Negara, menggubal undang – undang dan melaksanakan pentadbiran Negara kota.Dewan perhimpunan dianggotai oleh semua warganegara tetapi mempunyai kuasa terhad kerana terpaksa mengikuti arahan konsul dan Dewan Senat.

4. kuasa keagamaan

Madinah,masjid menjadi institusi terpenting bukan sahaja sebagai pusat pemerintahan tetapi juga pusat kebudayaan , pertemuan umat Islam dan menyelesaikan sebarang masalah rakyat.( Masjid Nabawi)Ini menunjukkan dalam pentadbiran di kota madinah agama dan politik tidak dipisahkan. Kerajaan Rom pula Kuasa keagamaan terletak pada gereja yang dikendalikan oleh Paus.Soal agama diuruskan oleh pihak gereja.
Soal pentadbiran pula dibincangkan dalam perhimpunan di Forum dan Dewan Colloseum.
Terdapat pengasinngan yang jelas dalam hal agama dan duniawi.

5. Sistem perundangan

Nabi Muhammad SAW menggubal perlembagaan madinah yang telah menyatukan orang Muhajiran dan Ansar serta Yahudi.Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal tentang tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam. Rom pula, Sistem perundangan Rom dikenali sebagai undang – undang papan dua belas yang diletakkan di tempat awam.Menekankan konsep persamaan taraf rakyat disisi undang – undang.Dalam undang – undang Rom, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya.

6. keadilan sosial

Madinah, Pemerintah memberi perhatian terhadap soal ini agar tidak terdapat jurang status sosisal yang ketara.Nabi Muhammad SAW mengharamkan amalan perhambaan dengan menyeru para sahabat supaya membeli dan membebaskan hamba.Memansuhkan kedudukan seseorang berdasarkan keturunan dan warna kulit.Mengangkat kedudukan/martabat golongan wanita. Rom, Pemerintah memberi perhatian terhadap soal ini agar tidak terdapat jurang status sosial yang ketara.Pemerintah Rom cuba menghapuskan amalan hamba berhutang dengan meluluskan undang – undang khas.

KESIMPULANNYA

Terdapat banyak persamaan dan perbezaan antara kedua – dua Negara kota.
Ini menunjukkan pemerintahan kedua – dua Negara kota dilakasanakan secara sistematik.

Sunday, August 16, 2009

PERANG UHUD DAN KESAN-KESANNYA



Permusuhan antara orang Quraisy Makkah dan orang Islam tidak berakhir selepas Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Perang Uhud merupakan peperangan kedua yang berlaku dalam sejarah Islam pada tahun ke-3 Hijrah di pinggir Bukit Uhud Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan tentera Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb.Punca utama yang mencetuskan peperangan ini ialah perasaan marah dan dendam kaum musyrikin Quraisy yang telah dikalahkan oleh tentera Islam dalam Perang Badar.Mereka berasa tersangat hina kerana tentera Islam yang baru berjaya mengalahkan mereka.



Kawasan berlakunya perang Uhud

Perkembangan Perang Uhud

Kaum musyrikin Quraisy di bawah kepimpinan Abu Sufyan bin Harb dengan 3000 orang tentera termasuk 3000 ekor unta, 700 tentera berbaju besi, 200 ekor kuda, pasukan pemuzik dan pasukan kaum wanita yang berjumlah 15 orang telah menuju ke Madinah. Ketua angkatan berkuda ialah Khalid al-Walid.




Mendengar persiapan orang Quraisy itu, Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk melindungi kota Madinah.



Cadangan baginda untuk bertahan dalam Kota Madinah disokong oleh Abdullah bin Ubay. Bagaimanapun, golongan muda yang bersemangat untuk menghadapi golongan musyrikin. Oleh sebab pendapat mereka adalah majoriti, maka baginda bersetuju untuk menentang kaum musyrikin di luar kota Madinah.

Angkatan tentera Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w berjumlah 1000 orang tentera yang dibahagikan kepada tiga batalion . Batalion Muhajirin diketuai oleh Mus’ab bin Umar.Batalion Aus diketuai oleh Usaid bin Hudair.Batalion Khazraj dipimpin oleh al-Habbab bin al-Munzir.

Dalam perjalanan, Abdullah bin Ubay bersama 300 orang tentera telah keluar daripada barisan tentera dan pulang ke Madinah. Perbuatan ini berlaku kerana dikatakan Nabi Muhammad s.a.w tidak menghiraukan pendapat beliau untuk bertahan di Madinah.

Pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin Quraisy meletus di pinggir Bukit Uhud. Pada awalnya, kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya mereka telah ditewaskan.



gambar menunjukkan Bukit Uhud
Punca kekalahan tentera Islam ialah sikap tentera Islam yang mengingkari arahan Rasulullah s.a.w. Pasukan pemanah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang.

Pada masa itu, Khalid al-Walid mengambil kesempatan mengumpul pasukan berkudanya dan menyerang dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Ramai sahabat Nabi Muhammad s.a.w terkorban termasuk bapa saudara baginda, Hamzah RA



Gambar menunjukkan Jabal Uhud

Kesan Perang Uhud KEPADA Pihak Islam

Kekalahan dalam Perang Uhud juga telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam yang tipis imannya.

Perang Uhud talah memberikan pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati serta mengikuti taktik yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Memberi gambaran kepada umat Islam menangani sifat-sifat dan bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh golongan munafik.

Rasulullah s.a.w bertindak menghalau Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan kerap dari kota Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan kerap berusaha membunuh Rasulullah s.a.w.

Pihak Arab Quraisy

Kabilah-kabilah Arab mula memandang rendah dan serong terhadap umat Islam .Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya kekuatan Islam mula lumpuh .
Perang ini membuktikan kaum Quraisy memang sentiasa berazam untuk menghancurkan Islam pada bila-bila masa tanpa diduga.

Kesimpulannya jelas kepada kita bahawa perang Uhud amat besar ertinya kepada umat Islam kerana perang ini merupakan satu pengajaran pahit untuk mereka.Mereka mula menyedari tentang pentingnya mematuhi perintah-perintah Rasulullah s.a.w dan para pemimpin.Selepas Perang Uhud umat Islam semakin bersedia menghadapi musuh mereka secara bersama-sama.
pihak Islam mula menyedari bahawa golongan Yahudi dan munafik tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan kota Madinah. Umat islam juga menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan menghentikan segala tindakan mereka ke atas umat Islam selagi Islam tidak dihapuskan.

Thursday, July 30, 2009

JENIS-JENIS TENTERA ZAMAN KERAJAAN ISLAM



1. JENIS - JENIS TENTERA
Peringkat Awal Islam : Bergiat Di Bahagian Darat & Gunakan Senjata Seperti:
I;Pedang.
II.Tombak.
III.Ballista & Amantelet.



2. AMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATAB.
Telah Menggunkan Jalan Laut - Menaiki Bahtera.
XPDC Laut Dilakukan Oleh Al-Ala Bin Al-Hadrami, Gabenor Bahri 19h.
Menghantar Pasukan Tentera Dibawah Pimpinan Arfajah Bin Harthmah Menyerang Tentera Sasanian.



3. ZAMAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH
Bergiat Aktif Dalam Tentera Laut.
Melancarkan 50 Xpdc Menentang Tentera Byzantine. Akhirnya Berjaya Menawan Pulau Cyprus.
31h - Menghantar Pasukan Perang Tawan Constantinopel, Bilangan Kapal Perang Sebanyak 1800 Buah.
Menyerang Crete - 1700 Kapal Perang.



4. ZAMAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH
Zaman Muawiyyah : 1000 Dirham Setahun & Termasuk Elaun Keluarga.Imbuhan Kepada Tentera Antaranya Ialah:Khalifah Yazid 1: 100 Dirham Kpd Mereka Yg Menyertai Xpdc Ke Makkah & Madinah.Yazid Iii : 200 Dirham Kpd Tentera Yg Menyertai Peperangan Menentang Al-Walid.Tentera Syria : Menentang Khawarij Dibayar 100 Dirham Seorang. Dahnaq Bin Qays ( Khawarij ) : Membayar Elaun Paling Tinggi Kpd Tenteranya.




5. ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH.
Ada Belanjawan Untuk Tentera - 2 Juta Dirham.Tentera Abbasiyyah Yg Menggulingkan Kerajaan Bani Umaiyyah Dibayar Elaun 3-7 Dirham.Awal Pemerintahan : 900 Dirham Setahun.Harun Al-Rashid - Gaji Diturunkan 80 Kepada 60 Dirham. Zaman Al Makmun, Elaun Tentera Kembali Kpd Asal:900 Dirham Utk Tentera Berjalan Kaki.1920 Dirham Tentera Berkuda.Elaun Tentera Zaman B.U Lebih Tinggi Drpd B. A Kerana:Bilangan Tentera Lebih Kecil Drpd B.AMelayani Tentera Keturunan Arab Agar Tidak Memberontak.Kegiatan Penaklukan Kurang Pada Zaman B.A - Ekonomi MeruncingPeningkatan Nilai Dirham Pada Zaman B.A.



6. PENYUSUNAN TENTERA ISLAM
Sistem Berbaris ( Al-Saf ) - Diasaskan Oleh Nabi Muhammad.
Setiap Barisan Mengandungi 10 - 1000 Orang.
Pemimpin Tentera : Hanya Seorang Dibantu Oleh Naib Ketua ( Al-Naib )
Zaman Umaiyyah : 50-100 Tentera Di Ketuai Oleh Seorang Al-Naib.
Zaman Ali : Dikenali Kurdus Dianggotai 300 - 600 Orang.
Z.A : Tentera Islam Dibahagikan Kpd 6 Bahagian:
Tentera Berkuda ( Al-Furasan )
Tentera Berjalan Kaki ( Al-Harbiyah)
Tentera Bola Api ( Al-Naffatun )
Tentera Memanah ( Al-Ramiyah )
Tentera Penembak ( Al-Naqqabun )
Tentera Pembawa Senjata Api (Al-Ghilman



7. Bandar-Bandar Tentera
Kufah Lebih Mudah Dikawal Berbanding Iraq
Masing - Masing Tinggal Di Kufah Ikut Ketua Masing - Masing.
Tiada Orang Muhajirin : Hanya Tentera.
Selain Kufah, Terdpt Bandar Lain Sbg Bandar Tentera:
Basrah.
Damsyik.
Halab.
Fustat.
Jalula.

ORGANISASI TENTERA ISLAM




ORGANISASI TENTERA

1. Zaman Pra - Islam : Semangat Assabiyyah.Sheikh Atau Ketua Kabilah - Peranan Penting Dlm Perang.Semangat Assabiyyah Digantikan Dgn Semangat Akidah.
Nabi Muhammad Sebagai Pemimpin Tentera. Gabenor Menjadi Panglima Perang
Menjadi Pemimpin Dalam Beberapa Siri Peperangan.Selepas Baginda Wafat, Khalifah Menjadi Panglima Perang.Menghantar Panglima Perang Utk Xpdc Perang.
Setiap Pemimpin Digelar AMIR AL-ASKAR



2.KOMPOSISI KETENTERAAN
Peringkat Awal Islam Bilangan Tentera Tidak Ramai.Lama Kelamaan Bertambah Ramai & Sentiasa Berlaku Pertambahan.Meningkat Sehingga 1 Juta Orang Semasa Pemerintahan Bani Umaiyyah.Tentera Terdiri Pelbagai



3. GAJI TENTERA
Zaman Nabi Muhammad - Perang Kerana Agama & Keredhaan Allah.Tentera Bersatu Dibawah Nabi Muhammad Tanpa Bayaran & Gaji Tetap.Elaun & Gaji Tentera ‘Ala’ - Khalifah Umar Pada 20 H - Selepas


SKIM PEMBAYARAN GAJI ZAMAN KHALIFAH UMAR
Lelaki Muhajiri & Ansar : 3000-5000 Dirham Setahun. Askar Vetran ( Ah Al-Ayyan ) 3000 Dirham Setahun. Askar Separuh Vetran : Yg Menyertai Perang Yarmak & Qadisiyah 2000 Dirham Setahun Kaum Junior : 1500 - 2000 Dirham Setahun



4. ALAT KELENGKAPAN PERANG
Gunakan Pedang, Tombak & Panah.
Mengunakan Manjaniq (Ballista) Dan Dabbabah (Amantelet ) - Perang Taif.
Kuasatabii - Meninjau Cuaca & Angin - Perang Hunayn.
Menggali Parit Sebagai Benteng Pertahanan : Perang Khandak.
Penggunaan Kenderaan Dalam Perang Seperti:
i. Kuda.
ii. Unta.
iii. Keldai.
Unta Dianggap Kapal Padang Pasir.Digunakan Dalam Serangan Mengejut.



5. JENIS - JENIS TENTERA
Peringkat Awal Islam : Bergiat Di Bahagian Darat & Gunakan Senjata Seperti:
i. Pedang.
ii. Tombak.
iii. Ballista & Amantelet.

Saturday, July 18, 2009

kepimpinan nabi Muhammad s.a.w sebagai tokoh ketenteraan dunia.



GAMBAR DI ATAS MERUPAKAN TEMPAT KELAHIRAN RASULALLAH S.A.W
) Konsep ketahanan dalam Islam / konsep peperangan dalam Islam
- Islam agama yang cintakan kedamaian
- peperangan diizinkan dalam Islam sekiranya diancam oleh musuh untuk mempertahankan agama bangsa dan negara serta untuk mempertahankan hak.


b) Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w
- lahir 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 20 April 570 M.
- keturunan Arab Quraisy
- menerima wahyu ketika berusia 40 tahun
- menyebarkan Islam di Makkah 13 tahun dan Madinah 10 tahun
- hijrah ke Madinah
- terkenal sebagai pemimpin dan dilantik sebagai pemimpin berdasarkan Piagam Madinah
- memiliki empat sifat terpuji iaitu benar (siddiq), jujur (amanah), menyampaikan (tabliq) dan bijaksana (fatonah)
- wafat ketika berusia 63 tahun (632 M)



GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN JABAR NUR

1. Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin tentera
- asas kepimpinan iaitu akidah dan berakhlak mulia.
- menerusi akidah – baginda dan para sahabat tidak gentar menghadapi musuh
- menerusi akhlak – menunjukkan akhlak yang mulia sehingga dapat menarik hati pihak lawan. Contoh dalam Perang Taif, baginda telah memulangkan segala harta benda yang di minta oleh pihak musuh sehinggga akhirnya mereka yang memeluk Islam.
- perang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada dua :
• Ghazwah- disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 27 kali – sembilan
daripadanya membawa kepada pertempuran.
• Sariyah – 38 siri diwakilkan kepada para sahabat.



GAMBAR DI ATAS MERUPAKAN MASJID QUBA


2. Mematuhi etika peperangan dalam Islam
- mematuhi peraturan serta menuntut keredhaan-Nya
- memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar jizyah atau perang.
- tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang dan musuh yang mati.
- dilarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua, orang yang sedang beribadat dan orang awam, harta benda, musuh dan tanaman serta rumah ibadat.
- berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai
- patuh kepada ketua dan dibolehkan tipu muslihat dalam peperangan.

3. Perancang taktik dan strategi peperangan
- Perang Badar – tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk saf.
- Perang Khandak – menggunakan taktik bertahan dengan menggali parit disekeliling kota Madinah.
- Perang Taif – menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga musush tidak sempat bersedia.
- taktik lain – tidak memburu musuh yang melarikan diri

4. Berfikiran jauh dan kritis
- melalui Perjanjian Hudaibiyah
- memberikan kemenangan psikologi kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana telah menghancurkan seluruh semangat musuh.
- tidak berlaku pertumpahan darah
- membawa kepada pembukaan semula kota Makkah.

5. Matlamat pembentukan tentera
- pembentukan tentera adalah untuk :
• mempertahankan diri daripada sebarang serangan musuh
• menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara.
• menjamin perjalanan dakwah dan mempertahankan kedudukan daripada
musuh
• memerangi pihak yang ingin merosakkan sebarang perjanjian yang termeterai di antara negara Islam dengan pihak lain.

6. Syura
- menerima pandangan sahabat. Contoh adalah seperti berikut :
• Salman al-Farisi mencadangkan dalam Perang Khandak untuk menggali parit
• Saidina Abu Bakar dalam Perang Badar mencadangkan tawanan Perang Badar yang mampu bayar tebusan , bayar antara 1000 – 4000 dirham untuk membebaskan diri. Jika tidak mampu tetapi tahu membaca dan menulis hendaklah mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebelum dibebaskan.

7. Keadilan
- bertindak adil pada semua tanpa mengira kawan atau musuh
- pada kawan – membahagikan harta rampasan perang secara sama rata
- pada musuh – tidak melakukan pencerobohan dan tidak memerangi golongan yang lemah.


GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN BANDAR HUDAIBIYAH

Jelas kepada kita bahawa kehebatan dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi perangsang kepada para pemimpin serta mujahid-mujahid seterusnya dalam menangani ancaman musuh dan negara.

Wednesday, May 20, 2009

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENENTANGAB GOLONGAN QURAISY DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK MENGATASINYA


A. PENGENALAN

Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikan Jibrail, ini bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi mereka yang taat kepada perintah Allah.
Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan disamping bilangan anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markan untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam. Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Dermulalah dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasullah kepada kaum kerabatnya Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada bani Fihr dan Bani Adi. Rasullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.


Pihak Quraisy mula menentang

1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh. Sebelum kepimpinan Kota Mekah terletak di tangan Hashim, moyang Nabi Muhammad dan Abd. Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad kerana keupayaannya yang luar biasa itu. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hashim.

2. Kerana persamaan taraf, agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal ini sangat bertentangan dengan system sosial jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan Quraisy. Mereka ini masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksana ajaran Islam maka bermakna tidak ada beza antara ketua dan pengikut antara yang kaya dan yang miskin dan antara tuan dengan hamba. Semua manusia pada pandangan Islam adalah sama kecuali bagi orang bertaqwa.


3. Kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah kerana mahu pertahankan pusaka nenek moyang. Mereka akan kehilangan kedudukan dari sudut sosial dan politik serta ekonomi seperti amalan sembah berhala yang tidak lagi dibenarkan dalam Islam. Kaum Quraisy hilang punca rezeki daripada penjualan berhala dan patung berhala akan pupus. Amalan buat dan jual patung berhala adalah warisan nenek moyang dan ini sebabkan ajaran Nabi Muhammad ditentang kerana dianggap mencela agama berhala.

4. Kaum Quraisy takut hari pembalasan seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Konsep dosa pahala dan seksa neraka dan hari kiamat begitu menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar telah banyak lakukan perkara keji dalam Islam seperti rompak dan zina. Keadaan ini berbeza dalam amalan sembah berhala kerana segala dosa dapat dihapuskan menerusi pengorbanan terhadap berhala.

5. Kaum Quraisy Mekah tentang Rasulullah kerana irihati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul.

Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.

1. Di peringkat awal penentangan rasullah dan penganut Islam lebih bersikap
sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para
Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk
ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.
Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana
mereka tidak tahu”.

2. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada
orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang
diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu
Bakar lalu dimerdekakannya. Saidina Uthaman bin Affan dan Saidaitina
Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu
orang – orang Islam masa itu.

3. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang
dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasullah mencadangkan agar umat
Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu
beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2
kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kersaulan nabi Muhammad yang terdiri
daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun
ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang
perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina
Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri,
Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan
ramai lagi.

4. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep jiwar ) Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran (qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan mereka.

5. Hijrah Rasullah s.a.w, bersama Saidina Abu Bakar ke Madinah telah
diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan
mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku
pada 16 julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat
islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan
strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di
Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat
golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina
dibawah pimpinan Rasullah dengan bantuan para sahabat.

6. Nabi mencari tapak yang baru dengan pergi ke Taif

7. Nabi sentiasa berdoa kepada kaumnya terutama dengan pengislaman Saidina
Umar Al-Khattab

KESIMPULAN
Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam mengadapi penentangan di samping perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

Tuesday, May 5, 2009

Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat.



Pengenalan

Kejadian manusia menurut Islam bersandarkan keterangan dalam Al-Quran sebagai kitab wahyu Allah diturunkan kepada nabi Muhammad dan isi kandungannya tidak berubah. Kejadian manusia dari sudut pandangan Barat bersandarkan teori Charles Darwin iaitu manusia berasal daripada monyet. Diperkenalkan pada abad ke-4 s.m dan disokong oleh tokoh falsafah seperti Aristotle, Anazimander, dan Empeidocles.

1. Pandangan

Istilah manusia dari sudut Islam /bahasa bermaksud al-Ins, al-Insan, al-nas dan al-Basyar yang merujuk manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. -5 elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati.

Manakala pandangan Barat menyebut manusia sebagai homospiens (bahasa Latin) yang bermaksud mamalia peringkat tertinggi.

i. diianggap mamalia peringkat tertinggi
ii. diklasifikasikan sebagai haiwan pwringkat tertinggi.
iii.dipercayai wujud 5oo ribu tahun dahulu
iv. manusia awal dijumpai di Neanderthal, Jerman.

2. Asal-usul kejadian

manusia menurut pandangan Islam- Adam berasal daripada tanah(al-tin,al-turab, al-salsal). Manusia biasa selain hawa dan nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan tulang, tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap, ditiupkan roh.

Pandangan Barat

Teori evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (1802-1889) seorang Atheis(anti tuhan) yang mengatakan kejadian manusai daripada monyet.
mula-mula tinggal di atas pokok
turun tanah berjalan menggunakan kaki dan tangan.
mula berdiri tegak
berjalan menggunakan kedua-dua kaki.

3. Pernan Manusia

Pandangan Islam

i. Matlamat kejadaian manusia- untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.
ii. Menjadi khalifah di muka bumi.
iii.Mengabdikan diri kepada Allah.
iv. Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan
akhirat.
v. Mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain.

Pandangan Barat

i. Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas.
ii. Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hokum yang jelas.
iii.Boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh
masyarakat Barat.

4. Fungsi Manusia

Pandangan Islam :

i. beriman/patuh kepada suruhan tuhan dan meninggalkan larangan.
ii.memakmurkan muka bumi.
iii.mengagihkan kekayaan sama rata.
iv.memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus, tamak.

Pandangan Barat

i.masyarakat Barat mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-mata.

ii.Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.

5. Tujuan Kelahiran Manusia

Pandangan Islam

i. Peranan /tanggungjawab manusia – “amal makruf” dan “nahi mungkar”
ii. Menggunakan akal berlandaskan panduan al-Quran dan mengekang nafsu daripada
kesesatan.
iii.Menjalikan ukhuwah Islamiyyah/ persaudaraan sejagat, konsep persamaan taraf
tanpa mengenal warna kulit atau darjat/ kedudukan seseorang.
iv. Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketakwaan dan keimanan kepada Allah.Berdasarkan surah Adz-Dzaariyat ayat 56 “ Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku .

Pandangan Barat

i. Persaingan berlandaskan kekuasaan , penindasan golongan lemah dan bawahan.
ii. undang-undang berlandaskan akal semata-mata.
iii. mengwujudkan konsep ras, perbezaan warna kulit, status quo masyarakat/ dasar
apartheid sehingga mewujudkan pertelingkatan/peperangan dan penjajahan yang
berterusan.
iv.mencipta konsep-konsep kapitalisme, sosialisme untuk mencapai kepuasan masyarakat
Barat.

Kesimpulan

Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al_Quran sangat berbeza dengan fahaman dan pegangan secular dari Barat. Al-Quran secara jelas menyatakan mengenai fungsi manusai di muka bumi yang akan diadili di alam akhirat. W/bp dalam mengabdikan diri kepada allah, manusia diseur agar seimbang mencapai kehidupan dunia dan akhirat.

Thursday, April 23, 2009

KETAHANAN DAN PERTAHANAN

KONFLIK & PERTELINGKAHAN BERLAKU SEJAK NABI ADAM.
QABIL DAB HABIL - MENYEBABKAN BERLAKUNYA KEMATIAN PERTAMA.
PEMBUNUHAN BERLAKU AKIBAT HASAD DENGKI.DINYATAKAN DALAM SURAH:
AL-MAIDAH AYAT 27-32 & 30-35.

Ketahanan MEMBAWA MAKSUD:
i. KETABAHAN.
ii KECEKALAN.
iii.KESABARAN.
iv.KETAHANAN MELIPUTI 2 ASPEK:
v. KETAHANAN FIZIKAL.
vi KETAHANAN MENTAL.

Pertahanan MEMPERIHALKAN TENTANG PERTAHANAN DIRI, MASYARAKAT, AGAMA DAN NEGARA DARIPADA SERANGAN MUSUH.MEMBELA GOLONGAN YANG LEMAH ATAU TERANIAYA DAN DIZALIMI

PEPERANGAN ZAMAN PRA-ISLAM

PROFESION YANG MULIA.
MENJADI KEMEGAHAN KPD KABILAH.
MUDA-MUDI DILATIH BERPERANG SEJAK KECIL LAG.
PEPERANGAN MELIBATKAN SEMUA ANGGOTA, KABILAH & HARTA.
HASIL RAMPASAN PERANG 1/4 DISERAHKAN KPD KETUA KABILAH.

JENIS HARTA RAMPASAN PERANG:

AL-SAFAYA : HARTA YG DIPILIH OLEH SHEIKH SEBELUM DIAGIHKAN.
AL-NASHITAH : HARTA YG DIPEROLEHI DLM PERJALANAN KE MEDAN PERANG
AL-FUDUL : LEBIHAN HARTA SELEPAS PEMBAHAGIAN.
ORG ARAB MENGGUNAKAN SENJATA SEPERTI PANAH, TOMBAK & PEDANG.
TENTERA BERJALAN KAKI LEBIH RAMAI DRPD BERKUDA ( CALVARI )
PAKAR BEDAH & ALAT BUNYIAN DIGUNAKAN DLM PERANG.

ORGANISASI TENTERA ARAB ZAMAN JAHILIAH.

PUAK BADWI:
TINGGAL DI PADANG PASIR.
PENYUSUNAN TENTERA TIDAK TERATUR.
GUNAKAN TAKTIK SERANG HENDAP

PUAK HADARI:
BANDAR & TIMUR LAUT S.T.A
LEBIH TERATUR & DIPENGARUHI ROM
DIBAHAGIKAN KPD BEBERAPA BAHAGIAN.

KOTA PERTAHANAN PADA ZAMAN KEGEMILANGAN :
SELATAN : GHUMADAN, HADRAMAUT, MAHRAN.
UTARA : KOTA PETRA, AL-KHAWARNAQ & AL-HIRAH.
MOTIF PERANG : ABBASIYYAH.
PERANG AL-BASSUS:
SUKU TAGHLIB DENGAN SUKU BAKAR BIN WALI.

KETAHANAN DALAM ISLAM

ISLAM DIWAHYUKAN KPD NABI MUHAMMAD MELALUI MALAIKAT JIBRAIL.
AGAMA ISLAM MENGANDUNGI 2 PRINSIP:
i.AKIDAH
ii.SYARIAH.

2 PRINSIP : MELAMBANGKAM KEKUATAN DUNIAWI & AKHIRAT.

3 ASAS KETAHANAN DLM ISLAM:

i. AKIDAH & KEPERCAYAAN.
ii. LAHIRIAH.
iii. INTELKTUAL.
iv. ILMU PENGETAHUAN & PENDIDIKAN ASAS PENTING DALAM AGAMA & MASYARAKAT.
v. ASAS KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM DALAM BENTUK MENYELURUH.

PERTAHANAN DALAM ISLAM

i. TIDAK GALAKKAN PENCEROBOHAN & PEPERANGAN.
ii. CINTAKAN KEDAMAIAN.
iii.PERKATAAN ‘ISLAM’ : SALAM & PERDAMAIAN.
iv. OBJEKTIF PEPERANGAN - UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI.
v. TIDAK DIIZINKAN PERANG, SELAGI PIHAK LAWAN TIDAK MENYERANG.

NABI & SAHABAT PERNAH DISEKSA OLEH KAUM MUSYRIKIN TETAPI TIDAK BALAS BALIK KERANA:
ISLAM MENCARI KEDAMAIAN BUKAN PERMUSUHAN.
MAKKAH DIKUASAI KAUM MUSYRIKIN.
BILANGAN ORANG ISLAM TERLALU SEDIKIT.
PENYEBARAN ISLAM MELALUI HIKMAH & Mau’izah hassanah.
PENUBUHAN NEGARA KOTA DI MADINAH - NABI MUHAMMAD LAHIR PIAGAM MADINA.

CARA YAHUDI MENENTANG ISLAM.

i. MELALUI PERDEBATAN :
ANGGAP ORANG RAMAI MEMPERTIKAIKAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASUL.
KECURIGAAN AKAN MENYEBABKAN RAMAI ORANG AKAN MURTAD.
ii.MENGIKARI PIAGAM MADINAH.

LANGKAH2 NABI MUHAMMAD MENGATASI TEKANAN ORG YAHUDI:
MENYINGKIRKAN BANI QAINUQA DI MADINAH.
TINDAKAN KEATAS BANI NADIR.
BANI NADIR BERKERJASAMA DGN BANI QAINUQA & MUSYRIKIN UTK MENYERANG NABI MUHAMMAD - PERANG AHZAB.
BANI QAINUQA DIHUKUM - SEMUA KAUM LELAKI DIHUKUM BUNUH KECUALI KANAK-KANAK & KAUM WANITA.
KAUM AUS YANG MENJALANKAN HUKUMAN TERSEBUT.

Wednesday, April 22, 2009

Masyarakat di Zaman Bani Umayyah


Kerajaan bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin.Nama Bani Umayyah
bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd.Syam binAbd.Manaf.

-perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.
-Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran.

Golongan yang memerintah
golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan
sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah.
-sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik.


Golongan Mawali
Golongan Mawali ialah hamba yang telah memeluk Islam.
-dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin Mihran(Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia)
-hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani.
-tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab.
-Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.

Golongan Zimmi
Golongan Zimmi- golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain.
-Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama.
-Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain.
-mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.

Golongan Hamba
Golongan Hamba-perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba.
-gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

Golongan Azariqah
berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka.
- Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin.
-Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang

Golongan Nadjdiyah
berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah.
-Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama

Golongan Syiah


ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.

Thursday, April 2, 2009

Perlembagaan Madinah merupakan perlembangaan bertulis yang pertama di dunia menjadi asas negara berdaulat.



Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad (saw) pada tahun 622 M, berpandukan wahyu Allah. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Piagam ini mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain).

Pembentukan Piagam Madinah 622 M (1H) telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam khususnya golongan Yahudi. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal. Daripada 47 fasal itu, 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka. Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.

Walau bagaimanapun, kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada tujuh aspek penting yang merangkumi bidang politik, sosial dan ekonomi, iaitu dalam aspek pentadbiran , agama, sosial, perundangan, pertahanan, dan kedudukan kaum Yahudi .

Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan dan peraturan pemerintah sebelum ini kerana perlembagaan ini ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammaad saw untuk diguna pakai oleh rakyat Madinah.Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu.

A KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

Beberapa aspek utama Piagam Madinah ialah :

1. Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Sebarang masaalah mesti merujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun ketua kaum masih mempunyai hak untuk menyelesaikan sendiri masalah jika difikirkan patut dan mampu diselesaikan betul.
2. Semua penduduk Madinah hidup sebagai satu ummah dan tidak terpengaruh dengan elmen luar yang tidak baik.
3. Semua penduduk mesti bersatu padu, bekerjasama , tolong menolong.
4. Wahyu dan tradisi yang tidak bertentangan dengan syarak menjadi sumber Piagam.
5. Kebebasan beragama. Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sekatan,gangguan dan paksaan.
6. Keselamatan penduduk dijamin pemerintah selagi mereka mematuhi perlembagaan tersebut.
7. Bertanggungjawab mempertahankan negara dari ancaman musuh.

B KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

Rasulullah menjadi Ketua Negara.
Penerimaan Rasulullah sebagai Ketua Negara telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari semasa ke semasa.

Pengekalan Struktur Kekeluargaan Masyarakat Madinah
Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping pengubahsuaian sebahagian daripadannya sejajar dengan hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah sebagai Ketua Hakim akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang kuasa ketua kaum berkenaan.

Hidup Bermasyarakat
Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada pihak musuh.

Penyatuan Ummah
Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini sentiasa berselisih faham misalnya Auz dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin.

Kegiatan Ekonomi
Memberi kebebasan kepada semua pihak untuk menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan. Hal ini untuk mengelak penguasaan penuh (monopoli) orang Yahudi terhadap ekonomi Islam di Madinah seperti mana penguasaan ekonomi oleh Quaraisy di Makkah.

Kebebasan Berdagang
Kebebasan yang diberikan menarik minat pedagang-pedagang luar datang ke Madinah. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam telah beransur-ansur menguasai ekonomi Madinah dan kawasan di sekitarnya.

Kebebasan Beragama
Dengan kebebasan ini, orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa gangguan atau sekatan. Hal ini memberi peluang orang bukan Islam mendekati orang Islam seterusnya berminat dengan ajaran Islam apabila memerhati akhlak dan personaliti dan disiplin umat Islam melakukan aktiviti harian termasuk amal ibadat.

Wujud negara Islam Madinah
Orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama dan Madinah sebagai sebuah negara Islam dengan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin. Sebelum ini, perkara ini ditolak oleh mereka.

Hak Keselamatan Terjamin
Keselamatan penduduk tanpa mengira agama atau kaum akan terjamin selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah. Pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambi tindakan termasuk memerangi, menghalau atau membunuh jika terpaksa. Contohnya Bani Qainuqa’ dihalau dari Madinah dan perang diisytiharkan terhadap mereka.

Piagam Madinah terbukti piagam bertulis pertama di dunia dan merupakan undang-undang terbaik yang mesti diikuti oleh mana-mana negara. Rasulullah dengan bijaknya telah membuktikan kesempurnaan piagam ini dan seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa peraturan Islam berlandaskan al-Quran memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

Sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.



Sistem Pemerintahan Negara Islam Madinah

Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan membuat beberapa dasar penting, antaranya sebagai ketua kerajaan yang memerintah.

(1) Pentadbiran

Nabi sebagai ketua kerajaan yang memerintah sesuai dengan Al-Quran. Membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a.Menghapuskan semangat assabiyah dan menggantikannya dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
b.Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
c.Menjadikan kaedah musyawarah sebagai kaedah yang berkesan dalam pentadbiran.
d.Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah
e.Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi.



(2)Pembentukan Ummah


a. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam di Madinah melalui konsep pembentukan ummah
b. Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk agama Islam. Setelah itu, tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan assabiyah.
c.Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling membantu antara satu sama lain.

(3) Piagam Madinah

i. Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilaksanakan kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan undang-undang yang tertinggi di Madinah.
ii. Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati. Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.
iii. Piagam Madinah telah membentuk perpaduan ummah antara orang Islam dan orang bukan Islam. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman, damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
iv.Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.

(4) Pengasas Dasar Ekonomi Islam

i.Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliah.
ii. Larangan riba, menipu timbangan, mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram.
iii.Dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah terbiar, menebus tanah yang tergadai daripada orang Yahudi.
iv. Dalam bidang perdagangan, menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam.
v.Memecahkan monopoli perniagaan Yahudi di Madinah.

(5) Pertahanan Madinah

i. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya kaum Musyrikin Makkah.
ii. Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi terbahagi kepada dua iaitu ekspedisi yang disertai oleh Nabi dipanggil Ghazwah dan ekspedisi yang tidak disertai oleh Nabi dikenali sebagai Sariyah. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyertai sebanyak 27 kali ekspedisi ketenteraan.
iii.Pembentukan angkatan tentera Islam membolehkan umat Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin Makkah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak.
iv. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua dan memimpin angkatan tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.

(6) Syura

1. Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura dalam semua bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi.
ii. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.
iii. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin serta juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.
iv. Nabi Muhammad s.a.w. juga mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah walaupun umat Islam dapat menghadapi serangan semasa Perang Khandak.

(7) Pembinaan Masjid

Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan penyebaran Islam.

Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, masjid juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid ini juga berfungsi mengajar, membimbing dan memberi nasihat kepada saudara-saudara baru.

Saturday, March 28, 2009

BANDINGKAN SISTEM KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN TAMADUN AWAL MANUSIA DAN TAMADUN ISLAM.


A. PENGENALAN. (3M)

1. Konsep kepercayaan dan keagaaman menurut pandangan Islam adalah berlandaskan kepada kaedah iaitu mentauhidkan Allah swt yang esa. Agama Islam menekankan aspek syariah dalam menentukan peraturan kehidupan.
2. Konsep kepercayaan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
3. Latarbelakang tamadun awal manusia dan tamadun merujuk kepada tamadun Mesopotamia , Mesir , China dan India
4. Tamadun Islam bermula dari kelahiran islam pada tahun 610 Masihi dan kerasulan Nabi . Kedatangan Islam. Bermula turunnya al-Quran kerasulan nabi / turunnya surah al-Alaq

B. ISI – ISI PENTING. ( 5 isi x 4 markah )

1 Konsep ketuhanan .

Tamadun awal - Menyembah banyak Tuhan atau bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa – dewi. Misalnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa – dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa – dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari
( Mitra ), langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Manakala tamadun Islam menekankan konsep Tauhid iaitu mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme, iaitu segala bentuk penyembahan atau penyamaan tuhan dengan makhluk Nya.Mempercayai enam rukun iman : beriman kepada Allah, kepada Malikat, kitab – kitab suci Allah, para rasul, hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.

2 Kepercayaan hidup selepas mati

Tamadun awal mempunyai kepercayaan tentang kehidupan selepas mati

Orang – orang Mesir, mereka mempercayai kehidupan selepas mati berdasarkan dalam “Buku Kematian”. Tuhan Osiris akan memberi nyawa selepas kematian. Mayat diawet, piramid dibina untuk menyimpan mayat dan harta Firaun. Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh – roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama – sama mumia.
Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja – raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama – sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.
Orang – orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Mereka percaya sekiranya mayat tidak dikebumikan, ianya akan merayau mencari makan. Mayat dikebumikan dengan bekalan makanan dan barang kegemaran si mati.Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.

Manakala bagi Tamadun Islam mempercayai tentang kehidupan selepas mati - Islam mempercayai adanya alam barzakh (kubur ), hari nisab, hari kiamat, hari akhirat , titian siratul mustaqim. Orang yang berbuat baik akan menerima nikmat dalam syurga manakala mereka yang melakukan kejahan dan kemungkaran akan mendapat dosa dan ditempatkan di dalam neraka .

3 Sumber kepercayaan :

Tamadun awal :
Tamadun Mesopotamia sumber kepercayaan berasaskan metos dan lagenda contohnya kitab Gillgamesh. Sumber diperolehi daripada perpustakaan Padri di Neppur dan rumah berhala. Teks ditulis da;lam bahasa Sumeria
Mesir Berasaskan metos dan lagenda contohnya catatan di kuil dan Istana
Sungai Indus pula terdapat rujukan yang dikatakan penulisan suci yang dikenali sebagai Brahmana. Di samping itu terdapat buku Upanisad dan kitab Ramayana dan Mahabrata yang mengisahkan tentang dewa dewi yang berperanan memberi didikan agama dan moral

Manakala tamadun Islam sumber rujukan utama ialah Al-Quran , Hadis , Qias dan Ijma’ Ulamak . Al-Quran merupakan rujukan utama dan sebagai pedoman serta rujukan bagi orang Islam untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

4. Tempat/Rumah Ibadat
Tamadun Awal :

MESOPOTAMIA terdapat Institusi Rumah berhala merupakan ciri penting dalam sistem kepercayaan. Mereka membina rumah berhala bertujuan untuk pusat ibadat dan pemujaan. Kuil yang paling terkenal ialah Ziggurat.
MESIR Institusi rumah berhala mempunyai ciri penting dalam sistem kepercayaan. Pembinaan rumah berhala bertujuan untuk pusat Ibadat dan penyembahan. Rumah ibadat yang terkenal ialah Kuil Agung Karnak.
TAMADUN INDUS dibina kuil-kuil di bandar terancang

Manakala Tamadun Islam terdapat pembinaan Masjid , Surau , As-Suffah merupakan tempat orang Islam melakukan ibadat , pusat pengajian Islam dan membincangkan dan menyelesaikan berkaitan masalah yang timbul. Contoh Semasa zaman Nabi pembinaan Masjid Nabawi sebagai pusat ibadat

5. Amalan keagamaan

Tamadun Awal melakukan Upacara Pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka.
Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat. Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi mengelakkan malapetaka akibat daripada kemarahan tuhan. Mereka menghidangkan makanan kepada tuhan dan upacara keagamaan diiringi dengan alat muzik.

Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci . Orang Indo Aryan mengadakan pemujaan unsur-unsur alam menerusi upucara pengobanan dan penyembahan dan diiringi nyanyia lagu-lagu suci dan mantera.

Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan binatang untuk tuhan – tuhan mereka. Mereka juga mengadakan pemujaan menggunakan tulang Dewata (oracles bones) apabila ingin berkomunikasi dengan roh nenek moyang mereka dan menetukan nasib seseorang.

Masyarakat Mesir merayakan berbagai perayaan pada setiap tahun . Contoh perayaan Tuhan Amon-Re dan Horus diadakan pada awal tahun baru selama 24 hari. Persembahan drama keagamaan diadakan untuk memuja – muja tuhan. Contohnya drama lapan babak mengisahkan kehidupan Tuhan Osiris.Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi menjamin keharmonian penduduk dengan alam sekitar dan mengelakkan malapetaka.

Manakala Tamadun Islam, umat Islam diwajibkan beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan dilarang melakukannya melalui perantaraan. Umatnya juga diwajibkan melakukan ibadat puasa , membayar zakat , menunaikan ibadat haji sebagai tanda mentaati perintah Allah. Terdapat juga amalan sunat seperti bersedekah , berpuasa sunat , mengucap salam , tolong menolong dan sebagainya. Sentiasa melakukan amal makruf dan nahi mungkar.

6. Hubungan manusia/ pemerintah dengan pencipta
Tamadun Awal

MESOPOTAMIA. Raja dianggap sebagai wakil tuhan di dunia. Raja Babylon dipercayaai mempunyai hubungan dengan Tuhan Marduk. Semua arahan daripada raja perintah Marduk. Golongan pendita memainkan peranan penting dalam pentadbiran.

MESIR.Firaun dipercayai anak tuhan kepada Amon Re ( Tuhan Matahari ) iaitu tuhan yang mempunyai kedudukan yang istimewa. Hubungan ini menjadi asas kepada asas pembentukan sistem teokrasi.

CHINA kedudukan raja menerima mandat dari tuhan .

Manakala Tamadun Islam hubungan manusia dengan Tuhan sebagai pencipta dan makhluknya . (Hablun minallah ) Semua manusia sama di sisi Tuhan yang membezakan hanya keimanan dan ketaqwaan . Pemerintah sebagai khalifah Allah di muka bumi yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk memakmurkan alam, Diperintah untuk menjaga hubungan baik sesama manuusia . (Hablun minan-nas ) Sentiasa mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.

KESIMPUAN ( 2 MARKAH )

Kesimpulannya terdapat berbagai perbezaan konsep keagamaan antara tamadun awal dan tamadun Islam. Konsep keagaamaan banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tamadun awal dan Islam ke arah kehidupan yang lebih teratur dan sempurna .

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENENTANGAB GOLONGAN QURAISY DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK MENGA

A. PENGENALAN ( 3m)

1. Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikan Jibrail, ini
bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam
akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.
2. Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod
dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan
kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi
mereka yang taat kepada perintah Allah.
3. Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat
dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah
tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan disamping bilangan
anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markan
untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan
kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam.
Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr
ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala
apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Dermulalh
dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasullah kepada kaum kerabatnya
Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada
bani Fihr dan Bani Adi. Rasullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah
Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan
bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.
4. Latar-belakang Kota Makkah

B. ISI-ISI PENTING ( 5 isi x 2m = 10 m )

Pihak Quraisy mula menentang

1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh. Sebelum kepimpinan Kota Mekah terletak di tangan Hashim, moyang Nabi Muhammad dan Abd. Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad kerana keupayaannya yang luar biasa itu. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hashim.

2. Kerana persamaan taraf, agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal ini sangat bertentangan dengan system sosial jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan Quraisy. Mereka ini masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksana ajaran Islam maka bermakna tidak ada beza antara ketua dan pengikut antara yang kaya dan yang miskin dan antara tuan dengan hamba. Semua manusia pada pandangan Islam adalah sama kecuali bagi orang bertaqwa.


3. Kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah kerana mahu pertahankan pusaka nenek moyang. Mereka akan kehilangan kedudukan dari sudut sosial dan politik serta ekonomi seperti amalan sembah berhala yang tidak lagi dibenarkan dalam Islam. Kaum Quraisy hilang punca rezeki daripada penjualan berhala dan patung berhala akan pupus. Amalan buat dan jual patung berhala adalah warisan nenek moyang dan ini sebabkan ajaran Nabi Muhammad ditentang kerana dianggap mencela agama berhala.

4. Kaum Quraisy takut hari pembalasan seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Konsep dosa pahala dan seksa neraka dan hari kiamat begitu menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar telah banyak lakukan perkara keji dalam Islam seperti rompak dan zina. Keadaan ini berbeza dalam amalan sembah berhala kerana segala dosa dapat dihapuskan menerusi pengorbanan terhadap berhala.

5. Kaum Quraisy Mekah tentang Rasulullah kerana irihati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul.

Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.
( 5 isi x 2 m = 10 m )

1. Di peringkat awal penentangan rasullah dan penganut Islam lebih bersikap
sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para
Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk
ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.
Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana
mereka tidak tahu”.

2. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada
orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang
diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu
Bakar lalu dimerdekakannya. Saidina Uthaman bin Affan dan Saidaitina
Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu
orang – orang Islam masa itu.

3. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang
dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasullah mencadangkan agar umat
Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu
beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2
kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kersaulan nabi Muhammad yang terdiri
daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun
ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang
perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina
Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri,
Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan
ramai lagi.

4. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang
mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep
jiwar ) Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang
telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang
yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran (
qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan
mereka.

5. Hijrah Rasullah s.a.w, bersama Saidina Abu Bakar ke Madinah telah
diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan
mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku
pada 16 julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat
islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan
strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di
Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat
golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina
dibawah pimpinan Rasullah dengan bantuan para sahabat.

6. Nabi mencari tapak yang baru dengan pergi ke Taif

7. Nabi sentiasa berdoa kepada kaumnya terutama dengan pengislaman Saidina
Umar Al-Khattab

C. KESIMPULAN ( 2m )

Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam mengadapi penentangan di samping perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

MASYARAKAT JAHILIYAH MEMPUNYAI PELBAGAI KEPERCAYAAN DAN AGAMA..


A. PENGENALAN ( 3 markah )

1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M)
2. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini –tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci
sebagai panduan.
3. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah
yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam
semua aspek kehidupan.
4. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh
bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan
tradisi lama yang diwarisi.
5. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk
sebahagian daripada budaya hidup mereka.

B. ISI-ISI PENTING ( 7 isi x 3m = 21 m )

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan
oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan)
yang direka oleh manusia sendiri.

1. Agama Wathani ( berhala )
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat
daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan
mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah.
Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal

2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.


5. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Agama Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10. Kepercayaan tahyul
a) Kepercayaan tangkal azimat
b) Roh orang mati menjadi burung.
c) Percaya kepada ahli nujum.
d) Percaya kepada ahli sihir.
e) Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri
membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
f) Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
g) Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari
perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
h) Membuat keputusan melalui anak panah.

C. KESIMPULAN (1 markah )

Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata. Kedatangan agama islam telah memberi sinar baru dalam kehidupan masyarakat jahiliah.

Thursday, March 19, 2009

NABI MUHAMMAD S.A.W DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH


PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MANDIAH
• Dibentuk Melalui Dakwah – Golongan Penghijrah/Muhajirin.
• Menyebarkan Islam Kpd Orang Madinah Ketika Musim Haji : 3 Tahun Berturut-Turut.
• Tahun Ke-11 Kerasulan : Org Khzaraj Menemui Nabi Muhammad – Tunaikan Haji.
• Bukit Aqabah – Nabi Memberikan Penerangan Tentang Islam.
• Musim Haji Berikutnya : 11 Org Khazraj & 2 Org Auz Menemui Nabi.
• Termeterinya Perjanjian Aqabah 1.

• Selepas Perjanjian Aqabah 1 : Mu’ab Bin Umayr – Dihantar Ke Madinah Utk:
• Sebarkan Islam.
• Mengajar Ayat – Ayat Al Quraan.
• Tahun 13 Kerasulan Nabi Muhammad: 73 Org Auz & Khazraj Menemui Nabi.
• Menghasilkan Perjanjian Aqabah Ii : Menyentuh Hal Peperangan.
• Melantik 12 Naqib : 9 Khazraj & 3 Auz

HIJRAH ‘PERPINDAHAN’

Perpindahan Umat Islam Dari Makkah Ke Madinah.

TUJUAN HIJRAH
• Rasa Keciwa Dgn Sikap Permusuhan Musyrikit Dgn Umat Islam Di Makkah.
• Mewujudkan Sebuah Masyarakat Islam Yang Kuat.
• Org Islam Merancang Dgn Teliti Sebelum Hijrah.
• Abu Salamah Bin Abd. Al-Asad : Orang Pertama Yang Berhijrah Pada 1 Muharam.
• Rombongan Pertama Seramai 70 Orang & Tidak Diketahui Orang Musyrikin.
• Bergerak Dalam Kumpulan Kecil
• Kepentingan Hijrah:
1. Mempergiatkan Penyebaran Agama Islam.
2. Satu Proses Jangka Panjang Umat Islam.
3. Mendapat Teman Setia : Abu Bakar.
4. Keredaan & Restu Allah

KEPENTINGAN HIJRAH

TAHUN HIJRAH
• Tahun Hijrah Dlm Kalender Islam.
• Dibuat Pada Zaman Khalifah Umar Al-Khatab.
• Kesan : Urusan Negara Islam Dijalankan Dgn Lancar.
• Mengikut Peredaran Bulan: 12 Bulan Setahun, 354 Hari Dlm Setahun.

AGAMA.
• Hijrah : Arahan Drpd Allah & Pekerjaan Berkaitan Dgn Agama.
• Mendapat Keredhaan Allah.
• Madinah : Pusat Sesuai Utk Penyebaran Islam.
• Memperlihatkan Unsur Mukjizat.
• Mempertingkatkan Keimanan.

POLITIK
• Menjalankan Kegiatan Politik Lebih Bebas.
• Membentuk Piagam Madinah – Pembentukan Negara Islam.
• Kegiatan Ketenteraan Islam Berkembang Luas.

EKONOMI.
• Kedudukan Ekonomi Islam Semakin Kukuh.
• Muhajirin Memberikan Bantuan Kpd Ansar.
• Madinah : Kedudukan Yang Strategik.
• Sistem Ekonomi Islam Diperkenalkan.
• Kemakmuran & Hidup Lebih Stabil.
• Sosial
• Zaman Jahiliah : Hidup Secara Individulstik.
• Selepas Hijrah Berasaskan Akhlak & Akidah.
• Setiap Orang Diberi Kebebasan Tanpa Mengira Kaum, Agama & Keturunan.
• Konsep Ummah.

PEMBENTUKAN UMMAH
• Ummah : Masyarakat Atau Umat Manusia.
• Piagam Madinah : Asas Pembentukan Ummah.
• Penyebaran Islam Di Madinah Lebih Mudah Berbanding Dgn Makkah – Ummah.
• Usaha Mendaulatkan Agama Islam.
• Pembinaan Masjid – Ibadat & Masyarakat.
• Nabi Muhammad Menyatukan Umat Islam Di Makkah & Madinah.
• Selepas Hijrah : 2 Golongan Muhajirin & Ansar.

KAUM MUHAJIRIN.
• Pengikut Nabi Yg Berhijrah Dari Makkah Ke Madinah.
• Istilah Berasal Drpd Perkataan Hijrah – Pindah.
• Mendapat Sokongan & Pertolongan Kaum Ansar.
• Surah Al-Baqarah :215 & Al-Imran :191.
• Mempersaudarakan Muhajirin Vs Ansar.
KAUM ANSAR.
• Penduduk Madina : Auz & Kazraj Yg Beragama Islam.
• Membantu Nabi Sebelum & Selepas Hijarh
• Banyak Berkorban Utk Kembangkan Islam.

PENYATUAN UMMAH.
• Mempersaudarakan Kaum Muhajirin & Ansar.
• Perlaksanaannya : Mempersaudarakan 2 Org Muhajirin Dgn Ansar.
• Semangat Persaudaraan : Tidak Merasakan Perbezaan Antara Muhajirin & Ansar.
• Lebih Kpd Ikatan Persaudaraan Akidah & Kepercayaan.
• Muhajirin Terlibat Dgn Perniagaan & Perdagangan : Tidak Mengharap Sepenuhnya.

• Kumpulan Munafik : Berpura Menganut Islam – Musuh Dlm Selimut.
• Ingin Mendapat Kepentingan & Kerjasama Dng Yahudi.
• Abdullah Bin Ubay : Komplot Dgn Bani Qainuqa.
• Perang Khandak – Kaum Munafik Memihak Kpd Yahudi. Tidak Perolehi Apa-Apa

BAB 1 TAMADUN ISLAM

MAKSUD JAHILIAH

Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )

AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah

SOSIAL

2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )

Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham

2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun

EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi

ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

RUMUSAN :

Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

LATIHAN

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

HANTAR TUGASAN ANDA

name:
email:

SOALAN 1 MAKSUD JAHILIAH:
jahil dari segi agama
Quraan Merumuskan Tiada Nabi
Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan

other comments:

KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER