CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR HARAP ANDA BERSEDIA SAYA AKAN PAPARKAN TAJUK PENTING DAN SPOT QUESTION NEXT WEEK ..GAMBATTE KU DASAI JA NE
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Thursday, November 4, 2010

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.



Soalan 1.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.

Jawapan:

1. Pengenalan (3m)

a. Nusantara (Alam Melayu) menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi.
b. Sember-sumber bertulis China, India,Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.
c. Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu:
i. sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan dll
ii. sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria
iii. sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga
iv. sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah

2. Isi-isi Jawapan (7 Isi x 3 = 21 m)

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan perdagangan di Nusantara

a) Faktor kedudukan geografi gagasan kepulauan Melayu yang strategik
 Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri
 Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu

b) Kekayaan sumber asli
 Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan
 Kekayaan hasil pertania seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain
 Hasil-hasil laut seperti kowri(mata wang), kerang dwi katup, tiram mutiara dan lain-lain
 Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan lain-lain

c) Pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil
 Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
 Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan pusat dan wilayah
 Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka
 Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan

d) Peranan Orang laut
 Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan
 Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun
 Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang
e) Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan
 Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain
 Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal perdagangan
 Mata wang logam digunakan dalam urusniaga

f) Hubungan politik dengan China
 Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada China daripada ancaman musuh
 Suasana aman dan damai membolehkan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar
 Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai pedagang dari China

g) Peranan dan pengaruh agama
 Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara
 Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengmbangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China yang seagama
 Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang Islam

3. Kesimpulan (1m)

-Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran
pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas perdagangan
di antara China dan India.
-Atau apa-apa yang berkaitan

1 comments:

Anonymous said...

esei ni agak pendek la. x smpai 2pages. tak mengapa ker? dlm buku mmg x dihuraikan lebih. hampir x ada sebenarnya.

BAB 1 TAMADUN ISLAM

MAKSUD JAHILIAH

Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )

AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah

SOSIAL

2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )

Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham

2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun

EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi

ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

RUMUSAN :

Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

LATIHAN

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

HANTAR TUGASAN ANDA

name:
email:

SOALAN 1 MAKSUD JAHILIAH:
jahil dari segi agama
Quraan Merumuskan Tiada Nabi
Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan

other comments:

KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER