Soalan 1.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.
Jawapan:
1. Pengenalan (3m)
a. Nusantara (Alam Melayu) menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi.
b. Sember-sumber bertulis China, India,Arab dan Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.
c. Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu:
i. sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan dll
ii. sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria
iii. sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga
iv. sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah
2. Isi-isi Jawapan (7 Isi x 3 = 21 m)
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan perdagangan di Nusantara
a) Faktor kedudukan geografi gagasan kepulauan Melayu yang strategik
Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri
Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu
b) Kekayaan sumber asli
Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan rotan
Kekayaan hasil pertania seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain
Hasil-hasil laut seperti kowri(mata wang), kerang dwi katup, tiram mutiara dan lain-lain
Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan lain-lain
c) Pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil
Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan pusat dan wilayah
Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka
Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan
d) Peranan Orang laut
Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan
Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun
Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang
e) Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan
Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain
Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal perdagangan
Mata wang logam digunakan dalam urusniaga
f) Hubungan politik dengan China
Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada China daripada ancaman musuh
Suasana aman dan damai membolehkan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar
Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai pedagang dari China
g) Peranan dan pengaruh agama
Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara
Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengmbangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China yang seagama
Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang Islam
3. Kesimpulan (1m)
-Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran
pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas perdagangan
di antara China dan India.
-Atau apa-apa yang berkaitan
Thursday, November 4, 2010
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.
Posted by CITY CYBER at 2:49 AM 4 comments
Sunday, October 31, 2010
Terangkan peranan yang telah dimainkan oleh orang-orang Muhajirin dan Ansar dalam menyebarkan dan mempertahankan agama Islam pada zaman Nabi.
PENDAHULUAN
-Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Merekalah yang sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.
-Golongan Muhajirin atau penghijrah adalah kaum Quraisy yang memeluk Islam dan mengikut Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar atau pembantu terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj.
-Golongan Muhajirin merupakan golongan awal memeluk Islam dan mereka layak menjadi pemimpin kerana telah sanggup berkorban demi Nabi dan Islam.
Isi-ISI PENTING
A. Peranan Golongan Muhajirin
1. Peranan mereka di Mekah
Semasa berada di Mekah merekalah golongan umat Islam yang mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.
Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan oleh kaum Musyrikin Mekah keimanan mereka sukar digugat dan tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang contohnya keluarga Ammar b Yassir dan Bilal b Rabah.
Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dimana mereka banyak membeli hamba-hamba Islam yang diseksa supaya dapat dibebaskan. Arqam sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah.
Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman makkiah. Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Mekah yang lain kearah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman, Uthman, Talhah, Zubair, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah dan Arqam b Abi Arqam.
Mereka sanggup meninggalkan Mekah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar keatas nilai keamanan umat Islam di Mekah.
2. Peranan mereka di Madinah
Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah membekalkan sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.
Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan contohnya selepas peristiwa Aqabah Nabi mengutus Mus’ab b Umair untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam.
B. Peranan Golongan Ansar
1. Peranan mereka di Mekah
Hanya terhad dalam peristiwa Aqabah 1 dan 2. Mereka sanggup menerima Islam dalam keadaan dimana orang-orang Mekah menentangnya dengan hebat. Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mengajak Nabi meninggalkan Kota Mekah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.
Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya ikrar Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.
2. Peranan mereka di Madinah
Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.
Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam terutama semasa menghadapi peperangan contohnya Salman b al Farisi.
Golongan Ansar juga menyumbangkan banyak harta benda dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.
Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa ikrar Aqabah 1 dan 2.
Nabi Muhammad telah melantik para nuqabak (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah.
KESIMPULAN
Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan bagi mamastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.
Posted by CITY CYBER at 8:08 PM 0 comments
Tuesday, January 26, 2010
Huraikan golongan masyarakat dan perkembangan kelompok masyarakat Islam di Eropah
Komposisi Kaum
1.Barbar.
Kebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randah.
Majoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petani.
Perkembangan:
Hanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tangan
Nenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol
Mereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baru Mereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang Kristian
2.Arab.
Bilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintah.
Pengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban
Perkembangan:
Memiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayan
Pada mulanya, kaum Mawali bertuankan Arab
Selepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat Arab
3.Muwalladun
Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol.
Lebih ramai daripada kaum Arab.
4.Mozarab
Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam.
Tinggal di luar bandar dan bandar
Bertutur mengikut loghat Rom.
Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik.
Perkembangan:
Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap bangsa dan agama mereka
Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun yang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeri Kristian di Utara Sepanyol.
5.Yahudi dan Hamba
Puak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual.
Hamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak Frank dan Utara Sepanyol.
Perkembangan:
Puak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan - menjad berpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam
Posted by CITY CYBER at 6:23 PM 0 comments
BAB 1 TAMADUN ISLAM
MAKSUD JAHILIAH
Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme
Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )
AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.
Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.
3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul
ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul
AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.
AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah
SOSIAL
2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )
Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham
2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.
Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun
EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi
ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.
RUMUSAN :
Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.
LATIHAN
A. Pengenalan
1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.
2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.
3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.
TAMADUN ISLAM
HANTAR TUGASAN ANDA
KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC
WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER