Pendahuluan
• Nama penuh Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni.
• Dilahirkan di Parsi dalam keluarga yang mementingkan pendidikan.
• Merupakan sarjana abad ke-4 yang pakar dalam astronomi, sejarah dan bahasa.
• Memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang astronomi untuk kegunaan praktis seharian.
• Karyanya yang terbesar : Sina’at al-tanjim (seni astronomi)
Isi-isi penting
1. Teori Alam Semesta
• Alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
• Menolak konsep graviti alam semesta.
• Planet bergerak dalam bentuk elips.
2. Kosmogeni
• Menulis kitab al-Tauhid yang membincangkan secara terperinci asal-usul alam semesta.
• Menolak pandangan alam semesta ini kekal.
3. Teori Geosentrik
• Menjelaskan teori tentang pergerakan matahari.
• Menuliskan kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Haraqat al-Syam menerangkan tentang pergerakan bumi.
4. Kalendar dan kronologi
• Menerangkan tentang siang dan malam yang juga membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub.
• Mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari.
• Menulis buku tentang tarikh.
• Menulis buku tentang terbitnya fajar.
• Qanun al-Masudi disusun sebagai pelengkap kepada semua teorinya.
5. Matahari
• Kajian tentang sifat fizikal matahari – menunjukkan bahawa matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar.
• Gerakan tahunan – percaya kepada teori geosentrik yang menyatakan matahari bergerak mengelilingi bumi.
• Panjang tahun solar adalah 365 hari, 5 jam, 49 minit.
• Kejadian fajar dan senja diterangkan dalam kitab al-Lam’at. Fajar dan senja terjadi apabila matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.
Kesimpulan
• Huraian Al-Biruni memberi sumbangan kepada tamadun Islam dan dunia.
• Banyak huraian dan teorinya yang diakui kebenarannya oleh ahli-ahli astronomi moden.
• Huraiannya juga menerangkan manfaat pengetahuan astronomi yang sangat berguna dan sesuai menurut Islam.
0 comments:
Post a Comment