CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR HARAP ANDA BERSEDIA SAYA AKAN PAPARKAN TAJUK PENTING DAN SPOT QUESTION NEXT WEEK ..GAMBATTE KU DASAI JA NE
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Monday, September 15, 2008

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

gambatte ne

2.Organisasi Sosial merupakan ciri utama dalam Tamadun awal manusia.
Bandingkan sistem organisasi sosial Tamadun Mesopotamia dengan tamadun
Mesir.

SKIMA JAWAPAM

2. Organisasi Sosial merupakan ciri utama dalam Tamadun awal manusia.
Bandingkan sistem organisasi sosial Tamadun Mesopotamia dengan tamadun
Mesir.

Raja –lapisan/hairaki sosial tertinggi bagi Mesopotamia,
Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi.
-merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama.
-Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi(gabnor) dan ingal/raja yang
dianggap mendapat mandat daripada tuhan.
-merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama.
Raja Mesir- kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat.
-peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.
-bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari.

2.Golongan bangsawan
Mesopotamia-hairaki kedua tertinggi selepas raja .
-dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir.
-berkuasa memilih pewaris tahta.
-terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan
gabnor yang dilantik oleh raja.
-Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja.
-sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat.

Tamadun Mesir- kedua tertinggi selepas raja .
-terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja.
-contoh pendeta, penguasa dan pentadbir.
-memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
-juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
-turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip
cukai dan penulis salasilah raja.
-berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting
dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh
mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.

3.Golongan professional/tentera
Mesopotamia- golongan professional merupakan hairaki yang ketiga.
-dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang,
doctor, artis dan jurutulis.
-mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka.
-berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan
kepada anak masing-masing.
Mesir
-golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan
artisan.
-tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah,
harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja.
-buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat
tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun.
-golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan
menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi.

4.Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba.
-Mesopotamia-rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah.
-rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba.
-hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang
berhutang.
-dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta.
-semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang
yang tiada keistimewaan.

Mesir-
- golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang.
- Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil.
- Zaman Ramses 11 tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar
pembinaan.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

SELAMAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN , SEMOGA ANDA BERJAYA ..GAMBATTE NE

BAHAGIAN A

1.Bincangkan Kepentingan Zaman Neolitik Kepada Perkembangan Tamadun Manusia.

SKIMA JAWAPAN

a.Banyaknya bilangan tapak serta peralatan menunjukkan wujudnya bilangan besar orang – orang Neolitik. Terdapat unsur kepelbagaian alat – alat yang lebih luas yang memerlukan kaedah – kaedah pembuatan peralatan yang lebih kompleks dan halus. Kebudayaan materialnya termasuk tembikar dan penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penunan yang baru dipelajarinya. Alat – alat baru dibuat dengan sempurna dan pertama kalinya mungkin dipakai untuk mengelakkan nasib buruk.

b.Zaman Neolitik menyaksikan sesuatu perubahan yang disifatkan sebagai revolusi pertanian memburu binatang dan mengutip makanan menjadi kurang penting sedangkan penanaman tanaman – tanaman makanan bijirin menjadi semakin penting. Ia mungkin ada hubungannya dengan perubahan persekitaran dan iklim berikut dengan tamatnya zaman air baru apabila binatang – binatang yang biasa diburu berikut dengan pengunduran lapisan – lapisan air batu. Iklim yang lebih panas serta kemunculan tumbuhan – tumbuhan memaksa manusia mengubah suaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Dengan timbulnya kegiatan pertanian, corak hidup yang mengembara pun terhenti dan manusia mula menetap dan membina perkampungan. Kehidupan bermasyarakat membolehkan manusia berkerjasama membuka tanah ladang di hutan rimba, membajak ladang, menuai tanam – tanaman dan menternak binatang.

c.Manusia Neolitik mempertajamkan pemikiran konseptual mereka. Dapat diperlihatkan dalam penciptaan seninya yang menandakan satu gejala baru. Seni Paleolitik ialah realisme yang diilhamkan oleh objek – objek yang ia nampak. Simbolisme belum wujud. Seni Neolitik seperti yang ditunjukan dalam tembikar – tembikarnya mula menunjukkan permukaan yang dihias oleh pola – pola geometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai – nilai agama yang berkaitan dengan peyembahan dewa – dewi untuk menjamin hasil tanaman dapat berlipat ganda.

Friday, March 14, 2008

MASYARAKAT MAKKAH SEBELUM ISLAM

  • MASYARAKAT MAKKAH SEBELUM ISLAM
  • LATARBELAKANG KOTA MAKKAH
  • • Asal makkah – makarobah.
  • • Diubah ke makkah.
  • • Dalam al – quraan – bakkah.
  • • Permulaan rumah ibadat – baitul kaabah.
  • • Penduduk yang terawal :
  • • Puak amaliqah.
  • • Puak jurhum.
  • • Nabi ibrahim & yusof bina kaabah.
  • • Bani khuzaah memerintah selama 3 abad di makkah.
  • • Kaum quraisy mula memerintah pada abad ke – 5m.
  • • Qusai bin kilab.
  • • Makkah menjadi pusat :-
  • • Ibadat.
  • • Perdagangan.
  • • Kebudayaan.
  • • Bebas daripada pengaruh kuasa asing.
  • • Kerajaan byzantine cuba kuasai tapi gagal.

  • KAUM QURAISY
  • • Kelompok besar dari keturunan fihr bin malik.
  • • Bani al – nadir.
  • • Puak – puak quraisy yang terkenal:-
  • • Bani hashim.
  • • Bani umaiyyah.
  • • Bani yaqzah.
  • • Bani adi
  • • Bani taym.
  • • Tokoh – tokoh quraisy yang terkenal:
  • • Nabi muhammad.
  • Saidina ali bin abi talib.
  • • Saidina abu bakar.
  • • Saidina uthman affan.
  • • Saidina umar al –khatab.
  • • Muawiyyah bin abi sufian.
  • • Quraisy :-
  • • Al – zawahir.
  • • Qurasy al – bitah.
  • • Terkenal dalam bidang pentabdbiran, politik & perdagangan.
  • • Perubahan berlaku dengan kedatangan islam.

  • SISTEM SOSIAL DI MAKKAH.
  • • Terdiri drpd golongan peniaga.
  • • Dimonopoli orang arab quraisy.
  • • Pertelingakahan sesama sendiri berlaku.
  • • Bersikap individulistik : abu lahab & abu jahal.
  • • Tidak terima kemunculan tokoh baru.
  • • Sukar nabi muhammad sebarkan islam.

  • Monday, January 21, 2008

    LATIHAN : KULIAH 22/1/2008

    Jelaskan pengertian dan konsep ilmu menurut pandangan ahli falsafah Yunani dengan Islam.

    Kerangka Jawapan adalah seperti berikut:

    Pendahuluan

    ISI-ISI PENTING

    1. Socrates

    2. Plato

    3. Aristotle

    4. Al-Jariz

    5. Imam al-Ghazali

    6. Yusof al-Qaradawi

    kesimpulan

    Tugasan ini hendaklah dihantar kepada saya pada Hari Jumaat 25hb Januari 2008
    pada pukul 7.30 pagi di atas meja saya.. Terima kasih kerana anda adalah pelajar yang cemerlang.

    Bandingkan sumbangan Socrates dan Al-Kindi dalam bidang falsafah.

    Pendahuluan

    • Ahli falsafah Yunani seperti Socrates lahir disebabkan sistem demokrasi.
    • Perkembangan falsafah skolastik Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah termasuk al-Kindi.
    • Socrates – dikenal sebagai Bapa Falsafah
    • Al-Kindi – nama sebenar – Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq, merupakan orang yang pertama mendapat gelaran filosof dalam Islam

    Isi-isi penting

    1. Manusia dan ketuhanan
    • Socrates : Menyentuh kehidupan manusia dan menanam nilai individualisme di jiwa masyarakat Athens.
    • Al-Kindi : Manusia bersifat dualisme. Kemerdekaan yang kekal hanya dapat dicapai dalam dunia akal budi (keamanan dan ketaqwaan kepada Allah swt)

    2. Pemikiran Kritikal
    • Socrates : Ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui soal jawab (kaedah dialektik). Beliau mengajar muda-mudi berfikir secara kritikal tentang diri mereka. Beliau tidak menerima sebarang pandangan tanpa menyoal.
    • Al-Kindi : untuk mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan (akidah) dan ilmu tentang alam semesta (syarak dan akhlak)

    3. Kehidupan bernegara
    • Socrates : mengajarkan konsep demokrasi dan peranan pemerintah dalam memelihara kebajikan rakyat.
    • Al-Kindi : menekankan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat dalam memberi pendapat.

    4. Budaya intelektual
    • Socrates : Mengasaskan cara berfikir kritikal dan kaedah dialektik.
    • Al-Kindi : Menterjemah dan menghuraikan karya-karya klasik Yunani termasuklah falsafah Socrates.

    5. Karya
    • Socrates : Tidak menulis ideanya tetapi dibukukan kemudian oleh pengikutnya.
    • Al-Kindi : Kitab Falsafah Ula, Madkhalul Manthiq, Al-Manazhirul Falaqiyah, Al-Ghizda Wad Dawa Al-Muhlik, An Nafsu Jauharun Basithun, Ilmu Akhlak.

    Kesimpulan

    • Masyarakat hari ini mengiktiraf sumbangan kedua-dua tokoh sebagai ahli falsafah ulung.
    • Hasil pemikiran mereka menjadi sumber rujukan dan asas kepada perkembangan peradaban manusia hari ini.

    Huraikan sumbangan Al-Biruni dalam bidang astronomi.

    Pendahuluan

    • Nama penuh Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni.
    • Dilahirkan di Parsi dalam keluarga yang mementingkan pendidikan.
    • Merupakan sarjana abad ke-4 yang pakar dalam astronomi, sejarah dan bahasa.
    • Memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang astronomi untuk kegunaan praktis seharian.
    • Karyanya yang terbesar : Sina’at al-tanjim (seni astronomi)

    Isi-isi penting

    1. Teori Alam Semesta
    • Alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
    • Menolak konsep graviti alam semesta.
    • Planet bergerak dalam bentuk elips.

    2. Kosmogeni
    • Menulis kitab al-Tauhid yang membincangkan secara terperinci asal-usul alam semesta.
    • Menolak pandangan alam semesta ini kekal.

    3. Teori Geosentrik
    • Menjelaskan teori tentang pergerakan matahari.
    • Menuliskan kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Haraqat al-Syam menerangkan tentang pergerakan bumi.

    4. Kalendar dan kronologi
    • Menerangkan tentang siang dan malam yang juga membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub.
    • Mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari.
    • Menulis buku tentang tarikh.
    • Menulis buku tentang terbitnya fajar.
    • Qanun al-Masudi disusun sebagai pelengkap kepada semua teorinya.

    5. Matahari
    • Kajian tentang sifat fizikal matahari – menunjukkan bahawa matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar.
    • Gerakan tahunan – percaya kepada teori geosentrik yang menyatakan matahari bergerak mengelilingi bumi.
    • Panjang tahun solar adalah 365 hari, 5 jam, 49 minit.
    • Kejadian fajar dan senja diterangkan dalam kitab al-Lam’at. Fajar dan senja terjadi apabila matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.

    Kesimpulan

    • Huraian Al-Biruni memberi sumbangan kepada tamadun Islam dan dunia.
    • Banyak huraian dan teorinya yang diakui kebenarannya oleh ahli-ahli astronomi moden.
    • Huraiannya juga menerangkan manfaat pengetahuan astronomi yang sangat berguna dan sesuai menurut Islam.

    ciri-ciri ilmu perubatan tamadun India

    Pendahuluan

    Bidang perubatan telah lama wujud untuk menawar pelbagai jenis penyakit.
    Mereka mengetahui kaedah untuk menghasilkan ubat-ubatan dan peralatan untuk memudahkan rawatan. Dalam tamadun India, teks-teks asas ilmu perubatan telah wujud sejak abad 1Masihi.Beberapa aspek perubatan India mencapai perkembangan yang lebih tinggi daripada ilmu perubatan Yunani.

    1 Sumber Ilmu Perubatan India
    •Ilmu perubatan India mendapat pengaruh dari fenomena Yoga, pengalaman mistik dan ajaran Buddhisme.
    •Hubungan dengan doktor-doktor Hellenistik.
    •Hubungan dengan orang Arab.

    2. Doktrin Humor
    •Menekankan keseimbangan tiga bendalir iaitu angin, duktus hempedu dan mucus.

    3. Konsep Lima Angin
    •Fungsi badan diselenggarakan oleh lima angin yang berperanan dalam pernafasan, penghadaman, pengkumuhan, pembiakan dan peredaran darah.

    4. Kepakaran saraf dan pembedahan
    •Ahli-ahli perubatan India mempunyai pengetahuan tentang sistem saraf.
    •Pembedahan bermula sejak zaman Gupta.
    •Melakukan pembedahan katarak, patah tulang dan caesarean.
    •Melakukan pembedahan untuk membetulkan kecacatan hidung, telinga dan bibir.

    5. Sumber Ubat-ubatan
    •Ubat-ubatan diambil daripada produk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bahan mineral.
    •Kitab Susrata menyenaraikan 760 jenis tumbuhan yang menjadi bahan ubat.
    •Tumbuh-tumbuhan di bahagikan mengikut kegunaan sama ada penawar, racun atau ubat.

    Kesimpulan

    •Tamadun India telah memberikan sumbangan yang besar ke arah kemajuan bidang perubatan.
    •Pelbagai kaedah, bahan dan peralatan yang ditemui dikembangkan dan masih digunakan hingga ke hari ini.

    BAB 1 TAMADUN ISLAM

    MAKSUD JAHILIAH

    Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

    Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )

    AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

    Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

    3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

    ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

    AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

    AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah

    SOSIAL

    2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )

    Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham

    2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

    Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun

    EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi

    ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

    RUMUSAN :

    Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

    LATIHAN

    Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

    A. Pengenalan

    1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

    2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

    3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

    TAMADUN ISLAM

    TAMADUN ISLAM

    HANTAR TUGASAN ANDA

    name:
    email:

    SOALAN 1 MAKSUD JAHILIAH:
    jahil dari segi agama
    Quraan Merumuskan Tiada Nabi
    Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan

    other comments:

    KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC

    CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

    WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER