CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR HARAP ANDA BERSEDIA SAYA AKAN PAPARKAN TAJUK PENTING DAN SPOT QUESTION NEXT WEEK ..GAMBATTE KU DASAI JA NE
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Thursday, April 2, 2009

Perlembagaan Madinah merupakan perlembangaan bertulis yang pertama di dunia menjadi asas negara berdaulat.



Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad (saw) pada tahun 622 M, berpandukan wahyu Allah. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Piagam ini mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain).

Pembentukan Piagam Madinah 622 M (1H) telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam khususnya golongan Yahudi. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal. Daripada 47 fasal itu, 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka. Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.

Walau bagaimanapun, kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada tujuh aspek penting yang merangkumi bidang politik, sosial dan ekonomi, iaitu dalam aspek pentadbiran , agama, sosial, perundangan, pertahanan, dan kedudukan kaum Yahudi .

Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan dan peraturan pemerintah sebelum ini kerana perlembagaan ini ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammaad saw untuk diguna pakai oleh rakyat Madinah.Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran dan Al-Sunnah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu.

A KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

Beberapa aspek utama Piagam Madinah ialah :

1. Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Sebarang masaalah mesti merujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun ketua kaum masih mempunyai hak untuk menyelesaikan sendiri masalah jika difikirkan patut dan mampu diselesaikan betul.
2. Semua penduduk Madinah hidup sebagai satu ummah dan tidak terpengaruh dengan elmen luar yang tidak baik.
3. Semua penduduk mesti bersatu padu, bekerjasama , tolong menolong.
4. Wahyu dan tradisi yang tidak bertentangan dengan syarak menjadi sumber Piagam.
5. Kebebasan beragama. Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sekatan,gangguan dan paksaan.
6. Keselamatan penduduk dijamin pemerintah selagi mereka mematuhi perlembagaan tersebut.
7. Bertanggungjawab mempertahankan negara dari ancaman musuh.

B KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

Rasulullah menjadi Ketua Negara.
Penerimaan Rasulullah sebagai Ketua Negara telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari semasa ke semasa.

Pengekalan Struktur Kekeluargaan Masyarakat Madinah
Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping pengubahsuaian sebahagian daripadannya sejajar dengan hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah sebagai Ketua Hakim akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang kuasa ketua kaum berkenaan.

Hidup Bermasyarakat
Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada pihak musuh.

Penyatuan Ummah
Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini sentiasa berselisih faham misalnya Auz dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin.

Kegiatan Ekonomi
Memberi kebebasan kepada semua pihak untuk menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan. Hal ini untuk mengelak penguasaan penuh (monopoli) orang Yahudi terhadap ekonomi Islam di Madinah seperti mana penguasaan ekonomi oleh Quaraisy di Makkah.

Kebebasan Berdagang
Kebebasan yang diberikan menarik minat pedagang-pedagang luar datang ke Madinah. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam telah beransur-ansur menguasai ekonomi Madinah dan kawasan di sekitarnya.

Kebebasan Beragama
Dengan kebebasan ini, orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa gangguan atau sekatan. Hal ini memberi peluang orang bukan Islam mendekati orang Islam seterusnya berminat dengan ajaran Islam apabila memerhati akhlak dan personaliti dan disiplin umat Islam melakukan aktiviti harian termasuk amal ibadat.

Wujud negara Islam Madinah
Orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama dan Madinah sebagai sebuah negara Islam dengan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin. Sebelum ini, perkara ini ditolak oleh mereka.

Hak Keselamatan Terjamin
Keselamatan penduduk tanpa mengira agama atau kaum akan terjamin selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah. Pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambi tindakan termasuk memerangi, menghalau atau membunuh jika terpaksa. Contohnya Bani Qainuqa’ dihalau dari Madinah dan perang diisytiharkan terhadap mereka.

Piagam Madinah terbukti piagam bertulis pertama di dunia dan merupakan undang-undang terbaik yang mesti diikuti oleh mana-mana negara. Rasulullah dengan bijaknya telah membuktikan kesempurnaan piagam ini dan seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa peraturan Islam berlandaskan al-Quran memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

Sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.



Sistem Pemerintahan Negara Islam Madinah

Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sebuah kerajaan Islam di Madinah dengan membuat beberapa dasar penting, antaranya sebagai ketua kerajaan yang memerintah.

(1) Pentadbiran

Nabi sebagai ketua kerajaan yang memerintah sesuai dengan Al-Quran. Membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a.Menghapuskan semangat assabiyah dan menggantikannya dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
b.Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
c.Menjadikan kaedah musyawarah sebagai kaedah yang berkesan dalam pentadbiran.
d.Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah
e.Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi.



(2)Pembentukan Ummah


a. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengambil langkah awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam di Madinah melalui konsep pembentukan ummah
b. Penyatuan antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa sekian lama bermusuhan, disatukan setelah mereka memeluk agama Islam. Setelah itu, tiada lagi perkara menuntut bela dan hutang darah seperti mana yang terdapat dalam amalan assabiyah.
c.Pembentukan ummah di antara golongan Ansar dan Muhajirin telah berjaya menghapuskan perbezaan antara dua golongan sebaliknya dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan saling membantu antara satu sama lain.

(3) Piagam Madinah

i. Piagam Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilaksanakan kepada penduduk Madinah di mana undang-undang ini merupakan peraturan undang-undang yang tertinggi di Madinah.
ii. Piagam Madinah menekankan pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang perlu dipatuhi dan dihormati. Baginda mempunyai kuasa memutuskan dasar-dasar negara Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.
iii. Piagam Madinah telah membentuk perpaduan ummah antara orang Islam dan orang bukan Islam. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman, damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
iv.Piagam Madinah menjadikan kota Madinah aman dan selamat kerana keselamatan penduduk adalah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh luar.

(4) Pengasas Dasar Ekonomi Islam

i.Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliah.
ii. Larangan riba, menipu timbangan, mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram.
iii.Dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah terbiar, menebus tanah yang tergadai daripada orang Yahudi.
iv. Dalam bidang perdagangan, menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam.
v.Memecahkan monopoli perniagaan Yahudi di Madinah.

(5) Pertahanan Madinah

i. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. semasa memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman terutamanya kaum Musyrikin Makkah.
ii. Ekspedisi ketenteraan pada zaman Nabi terbahagi kepada dua iaitu ekspedisi yang disertai oleh Nabi dipanggil Ghazwah dan ekspedisi yang tidak disertai oleh Nabi dikenali sebagai Sariyah. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyertai sebanyak 27 kali ekspedisi ketenteraan.
iii.Pembentukan angkatan tentera Islam membolehkan umat Islam Madinah menghadapi serangan orang Musyrikin Makkah dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak.
iv. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi pemimpin tentera Islam yang terbaik kerana baginda telah menjadi ketua dan memimpin angkatan tentera Islam dan beberapa ekspedisi perang.

(6) Syura

1. Baginda berjaya memperkenalkan sistem Syura dalam semua bidang terutamanya bidang politik dan ekonomi.
ii. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh semasa perang.
iii. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin serta juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah.
iv. Nabi Muhammad s.a.w. juga mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah walaupun umat Islam dapat menghadapi serangan semasa Perang Khandak.

(7) Pembinaan Masjid

Langkah awal sewaktu baginda sampai di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Nabawi yang menjadi tempat beribadat dan penyebaran Islam.

Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat, masjid juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Masjid ini juga berfungsi mengajar, membimbing dan memberi nasihat kepada saudara-saudara baru.

Saturday, March 28, 2009

BANDINGKAN SISTEM KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN TAMADUN AWAL MANUSIA DAN TAMADUN ISLAM.


A. PENGENALAN. (3M)

1. Konsep kepercayaan dan keagaaman menurut pandangan Islam adalah berlandaskan kepada kaedah iaitu mentauhidkan Allah swt yang esa. Agama Islam menekankan aspek syariah dalam menentukan peraturan kehidupan.
2. Konsep kepercayaan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
3. Latarbelakang tamadun awal manusia dan tamadun merujuk kepada tamadun Mesopotamia , Mesir , China dan India
4. Tamadun Islam bermula dari kelahiran islam pada tahun 610 Masihi dan kerasulan Nabi . Kedatangan Islam. Bermula turunnya al-Quran kerasulan nabi / turunnya surah al-Alaq

B. ISI – ISI PENTING. ( 5 isi x 4 markah )

1 Konsep ketuhanan .

Tamadun awal - Menyembah banyak Tuhan atau bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa – dewi. Misalnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa – dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa – dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari
( Mitra ), langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Manakala tamadun Islam menekankan konsep Tauhid iaitu mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme, iaitu segala bentuk penyembahan atau penyamaan tuhan dengan makhluk Nya.Mempercayai enam rukun iman : beriman kepada Allah, kepada Malikat, kitab – kitab suci Allah, para rasul, hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.

2 Kepercayaan hidup selepas mati

Tamadun awal mempunyai kepercayaan tentang kehidupan selepas mati

Orang – orang Mesir, mereka mempercayai kehidupan selepas mati berdasarkan dalam “Buku Kematian”. Tuhan Osiris akan memberi nyawa selepas kematian. Mayat diawet, piramid dibina untuk menyimpan mayat dan harta Firaun. Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh – roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama – sama mumia.
Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja – raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama – sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.
Orang – orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Mereka percaya sekiranya mayat tidak dikebumikan, ianya akan merayau mencari makan. Mayat dikebumikan dengan bekalan makanan dan barang kegemaran si mati.Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.

Manakala bagi Tamadun Islam mempercayai tentang kehidupan selepas mati - Islam mempercayai adanya alam barzakh (kubur ), hari nisab, hari kiamat, hari akhirat , titian siratul mustaqim. Orang yang berbuat baik akan menerima nikmat dalam syurga manakala mereka yang melakukan kejahan dan kemungkaran akan mendapat dosa dan ditempatkan di dalam neraka .

3 Sumber kepercayaan :

Tamadun awal :
Tamadun Mesopotamia sumber kepercayaan berasaskan metos dan lagenda contohnya kitab Gillgamesh. Sumber diperolehi daripada perpustakaan Padri di Neppur dan rumah berhala. Teks ditulis da;lam bahasa Sumeria
Mesir Berasaskan metos dan lagenda contohnya catatan di kuil dan Istana
Sungai Indus pula terdapat rujukan yang dikatakan penulisan suci yang dikenali sebagai Brahmana. Di samping itu terdapat buku Upanisad dan kitab Ramayana dan Mahabrata yang mengisahkan tentang dewa dewi yang berperanan memberi didikan agama dan moral

Manakala tamadun Islam sumber rujukan utama ialah Al-Quran , Hadis , Qias dan Ijma’ Ulamak . Al-Quran merupakan rujukan utama dan sebagai pedoman serta rujukan bagi orang Islam untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

4. Tempat/Rumah Ibadat
Tamadun Awal :

MESOPOTAMIA terdapat Institusi Rumah berhala merupakan ciri penting dalam sistem kepercayaan. Mereka membina rumah berhala bertujuan untuk pusat ibadat dan pemujaan. Kuil yang paling terkenal ialah Ziggurat.
MESIR Institusi rumah berhala mempunyai ciri penting dalam sistem kepercayaan. Pembinaan rumah berhala bertujuan untuk pusat Ibadat dan penyembahan. Rumah ibadat yang terkenal ialah Kuil Agung Karnak.
TAMADUN INDUS dibina kuil-kuil di bandar terancang

Manakala Tamadun Islam terdapat pembinaan Masjid , Surau , As-Suffah merupakan tempat orang Islam melakukan ibadat , pusat pengajian Islam dan membincangkan dan menyelesaikan berkaitan masalah yang timbul. Contoh Semasa zaman Nabi pembinaan Masjid Nabawi sebagai pusat ibadat

5. Amalan keagamaan

Tamadun Awal melakukan Upacara Pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka.
Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat. Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi mengelakkan malapetaka akibat daripada kemarahan tuhan. Mereka menghidangkan makanan kepada tuhan dan upacara keagamaan diiringi dengan alat muzik.

Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci . Orang Indo Aryan mengadakan pemujaan unsur-unsur alam menerusi upucara pengobanan dan penyembahan dan diiringi nyanyia lagu-lagu suci dan mantera.

Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan binatang untuk tuhan – tuhan mereka. Mereka juga mengadakan pemujaan menggunakan tulang Dewata (oracles bones) apabila ingin berkomunikasi dengan roh nenek moyang mereka dan menetukan nasib seseorang.

Masyarakat Mesir merayakan berbagai perayaan pada setiap tahun . Contoh perayaan Tuhan Amon-Re dan Horus diadakan pada awal tahun baru selama 24 hari. Persembahan drama keagamaan diadakan untuk memuja – muja tuhan. Contohnya drama lapan babak mengisahkan kehidupan Tuhan Osiris.Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi menjamin keharmonian penduduk dengan alam sekitar dan mengelakkan malapetaka.

Manakala Tamadun Islam, umat Islam diwajibkan beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan dilarang melakukannya melalui perantaraan. Umatnya juga diwajibkan melakukan ibadat puasa , membayar zakat , menunaikan ibadat haji sebagai tanda mentaati perintah Allah. Terdapat juga amalan sunat seperti bersedekah , berpuasa sunat , mengucap salam , tolong menolong dan sebagainya. Sentiasa melakukan amal makruf dan nahi mungkar.

6. Hubungan manusia/ pemerintah dengan pencipta
Tamadun Awal

MESOPOTAMIA. Raja dianggap sebagai wakil tuhan di dunia. Raja Babylon dipercayaai mempunyai hubungan dengan Tuhan Marduk. Semua arahan daripada raja perintah Marduk. Golongan pendita memainkan peranan penting dalam pentadbiran.

MESIR.Firaun dipercayai anak tuhan kepada Amon Re ( Tuhan Matahari ) iaitu tuhan yang mempunyai kedudukan yang istimewa. Hubungan ini menjadi asas kepada asas pembentukan sistem teokrasi.

CHINA kedudukan raja menerima mandat dari tuhan .

Manakala Tamadun Islam hubungan manusia dengan Tuhan sebagai pencipta dan makhluknya . (Hablun minallah ) Semua manusia sama di sisi Tuhan yang membezakan hanya keimanan dan ketaqwaan . Pemerintah sebagai khalifah Allah di muka bumi yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk memakmurkan alam, Diperintah untuk menjaga hubungan baik sesama manuusia . (Hablun minan-nas ) Sentiasa mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.

KESIMPUAN ( 2 MARKAH )

Kesimpulannya terdapat berbagai perbezaan konsep keagamaan antara tamadun awal dan tamadun Islam. Konsep keagaamaan banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tamadun awal dan Islam ke arah kehidupan yang lebih teratur dan sempurna .

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENENTANGAB GOLONGAN QURAISY DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK MENGA

A. PENGENALAN ( 3m)

1. Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikan Jibrail, ini
bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam
akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.
2. Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod
dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan
kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi
mereka yang taat kepada perintah Allah.
3. Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat
dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah
tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan disamping bilangan
anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markan
untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan
kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam.
Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr
ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala
apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Dermulalh
dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasullah kepada kaum kerabatnya
Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada
bani Fihr dan Bani Adi. Rasullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah
Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan
bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.
4. Latar-belakang Kota Makkah

B. ISI-ISI PENTING ( 5 isi x 2m = 10 m )

Pihak Quraisy mula menentang

1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh. Sebelum kepimpinan Kota Mekah terletak di tangan Hashim, moyang Nabi Muhammad dan Abd. Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad kerana keupayaannya yang luar biasa itu. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hashim.

2. Kerana persamaan taraf, agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal ini sangat bertentangan dengan system sosial jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan Quraisy. Mereka ini masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksana ajaran Islam maka bermakna tidak ada beza antara ketua dan pengikut antara yang kaya dan yang miskin dan antara tuan dengan hamba. Semua manusia pada pandangan Islam adalah sama kecuali bagi orang bertaqwa.


3. Kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah kerana mahu pertahankan pusaka nenek moyang. Mereka akan kehilangan kedudukan dari sudut sosial dan politik serta ekonomi seperti amalan sembah berhala yang tidak lagi dibenarkan dalam Islam. Kaum Quraisy hilang punca rezeki daripada penjualan berhala dan patung berhala akan pupus. Amalan buat dan jual patung berhala adalah warisan nenek moyang dan ini sebabkan ajaran Nabi Muhammad ditentang kerana dianggap mencela agama berhala.

4. Kaum Quraisy takut hari pembalasan seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Konsep dosa pahala dan seksa neraka dan hari kiamat begitu menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar telah banyak lakukan perkara keji dalam Islam seperti rompak dan zina. Keadaan ini berbeza dalam amalan sembah berhala kerana segala dosa dapat dihapuskan menerusi pengorbanan terhadap berhala.

5. Kaum Quraisy Mekah tentang Rasulullah kerana irihati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul.

Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.
( 5 isi x 2 m = 10 m )

1. Di peringkat awal penentangan rasullah dan penganut Islam lebih bersikap
sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para
Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk
ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.
Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana
mereka tidak tahu”.

2. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada
orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang
diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu
Bakar lalu dimerdekakannya. Saidina Uthaman bin Affan dan Saidaitina
Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu
orang – orang Islam masa itu.

3. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang
dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasullah mencadangkan agar umat
Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu
beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2
kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kersaulan nabi Muhammad yang terdiri
daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun
ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang
perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina
Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri,
Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan
ramai lagi.

4. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang
mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep
jiwar ) Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang
telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang
yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran (
qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan
mereka.

5. Hijrah Rasullah s.a.w, bersama Saidina Abu Bakar ke Madinah telah
diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan
mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku
pada 16 julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat
islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan
strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di
Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat
golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina
dibawah pimpinan Rasullah dengan bantuan para sahabat.

6. Nabi mencari tapak yang baru dengan pergi ke Taif

7. Nabi sentiasa berdoa kepada kaumnya terutama dengan pengislaman Saidina
Umar Al-Khattab

C. KESIMPULAN ( 2m )

Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam mengadapi penentangan di samping perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

MASYARAKAT JAHILIYAH MEMPUNYAI PELBAGAI KEPERCAYAAN DAN AGAMA..


A. PENGENALAN ( 3 markah )

1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M)
2. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini –tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci
sebagai panduan.
3. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah
yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam
semua aspek kehidupan.
4. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh
bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan
tradisi lama yang diwarisi.
5. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk
sebahagian daripada budaya hidup mereka.

B. ISI-ISI PENTING ( 7 isi x 3m = 21 m )

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan
oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan)
yang direka oleh manusia sendiri.

1. Agama Wathani ( berhala )
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat
daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan
mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah.
Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal

2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.


5. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Agama Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10. Kepercayaan tahyul
a) Kepercayaan tangkal azimat
b) Roh orang mati menjadi burung.
c) Percaya kepada ahli nujum.
d) Percaya kepada ahli sihir.
e) Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri
membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
f) Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
g) Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari
perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
h) Membuat keputusan melalui anak panah.

C. KESIMPULAN (1 markah )

Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata. Kedatangan agama islam telah memberi sinar baru dalam kehidupan masyarakat jahiliah.

Thursday, March 19, 2009

NABI MUHAMMAD S.A.W DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH


PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MANDIAH
• Dibentuk Melalui Dakwah – Golongan Penghijrah/Muhajirin.
• Menyebarkan Islam Kpd Orang Madinah Ketika Musim Haji : 3 Tahun Berturut-Turut.
• Tahun Ke-11 Kerasulan : Org Khzaraj Menemui Nabi Muhammad – Tunaikan Haji.
• Bukit Aqabah – Nabi Memberikan Penerangan Tentang Islam.
• Musim Haji Berikutnya : 11 Org Khazraj & 2 Org Auz Menemui Nabi.
• Termeterinya Perjanjian Aqabah 1.

• Selepas Perjanjian Aqabah 1 : Mu’ab Bin Umayr – Dihantar Ke Madinah Utk:
• Sebarkan Islam.
• Mengajar Ayat – Ayat Al Quraan.
• Tahun 13 Kerasulan Nabi Muhammad: 73 Org Auz & Khazraj Menemui Nabi.
• Menghasilkan Perjanjian Aqabah Ii : Menyentuh Hal Peperangan.
• Melantik 12 Naqib : 9 Khazraj & 3 Auz

HIJRAH ‘PERPINDAHAN’

Perpindahan Umat Islam Dari Makkah Ke Madinah.

TUJUAN HIJRAH
• Rasa Keciwa Dgn Sikap Permusuhan Musyrikit Dgn Umat Islam Di Makkah.
• Mewujudkan Sebuah Masyarakat Islam Yang Kuat.
• Org Islam Merancang Dgn Teliti Sebelum Hijrah.
• Abu Salamah Bin Abd. Al-Asad : Orang Pertama Yang Berhijrah Pada 1 Muharam.
• Rombongan Pertama Seramai 70 Orang & Tidak Diketahui Orang Musyrikin.
• Bergerak Dalam Kumpulan Kecil
• Kepentingan Hijrah:
1. Mempergiatkan Penyebaran Agama Islam.
2. Satu Proses Jangka Panjang Umat Islam.
3. Mendapat Teman Setia : Abu Bakar.
4. Keredaan & Restu Allah

KEPENTINGAN HIJRAH

TAHUN HIJRAH
• Tahun Hijrah Dlm Kalender Islam.
• Dibuat Pada Zaman Khalifah Umar Al-Khatab.
• Kesan : Urusan Negara Islam Dijalankan Dgn Lancar.
• Mengikut Peredaran Bulan: 12 Bulan Setahun, 354 Hari Dlm Setahun.

AGAMA.
• Hijrah : Arahan Drpd Allah & Pekerjaan Berkaitan Dgn Agama.
• Mendapat Keredhaan Allah.
• Madinah : Pusat Sesuai Utk Penyebaran Islam.
• Memperlihatkan Unsur Mukjizat.
• Mempertingkatkan Keimanan.

POLITIK
• Menjalankan Kegiatan Politik Lebih Bebas.
• Membentuk Piagam Madinah – Pembentukan Negara Islam.
• Kegiatan Ketenteraan Islam Berkembang Luas.

EKONOMI.
• Kedudukan Ekonomi Islam Semakin Kukuh.
• Muhajirin Memberikan Bantuan Kpd Ansar.
• Madinah : Kedudukan Yang Strategik.
• Sistem Ekonomi Islam Diperkenalkan.
• Kemakmuran & Hidup Lebih Stabil.
• Sosial
• Zaman Jahiliah : Hidup Secara Individulstik.
• Selepas Hijrah Berasaskan Akhlak & Akidah.
• Setiap Orang Diberi Kebebasan Tanpa Mengira Kaum, Agama & Keturunan.
• Konsep Ummah.

PEMBENTUKAN UMMAH
• Ummah : Masyarakat Atau Umat Manusia.
• Piagam Madinah : Asas Pembentukan Ummah.
• Penyebaran Islam Di Madinah Lebih Mudah Berbanding Dgn Makkah – Ummah.
• Usaha Mendaulatkan Agama Islam.
• Pembinaan Masjid – Ibadat & Masyarakat.
• Nabi Muhammad Menyatukan Umat Islam Di Makkah & Madinah.
• Selepas Hijrah : 2 Golongan Muhajirin & Ansar.

KAUM MUHAJIRIN.
• Pengikut Nabi Yg Berhijrah Dari Makkah Ke Madinah.
• Istilah Berasal Drpd Perkataan Hijrah – Pindah.
• Mendapat Sokongan & Pertolongan Kaum Ansar.
• Surah Al-Baqarah :215 & Al-Imran :191.
• Mempersaudarakan Muhajirin Vs Ansar.
KAUM ANSAR.
• Penduduk Madina : Auz & Kazraj Yg Beragama Islam.
• Membantu Nabi Sebelum & Selepas Hijarh
• Banyak Berkorban Utk Kembangkan Islam.

PENYATUAN UMMAH.
• Mempersaudarakan Kaum Muhajirin & Ansar.
• Perlaksanaannya : Mempersaudarakan 2 Org Muhajirin Dgn Ansar.
• Semangat Persaudaraan : Tidak Merasakan Perbezaan Antara Muhajirin & Ansar.
• Lebih Kpd Ikatan Persaudaraan Akidah & Kepercayaan.
• Muhajirin Terlibat Dgn Perniagaan & Perdagangan : Tidak Mengharap Sepenuhnya.

• Kumpulan Munafik : Berpura Menganut Islam – Musuh Dlm Selimut.
• Ingin Mendapat Kepentingan & Kerjasama Dng Yahudi.
• Abdullah Bin Ubay : Komplot Dgn Bani Qainuqa.
• Perang Khandak – Kaum Munafik Memihak Kpd Yahudi. Tidak Perolehi Apa-Apa

MASYARAKAT MAKKAH DAN MADINAH SEBELUM ISLAM


LATARBELAKANG KOTA MAKKAH


· Asal makkah – makarobah.

· Diubah ke makkah. ·

Dalam al – quraan – bakkah.

· Permulaan rumah ibadat – baitul kaabah.

· Penduduk yang terawal : · Puak amaliqah. · Puak jurhum. · Nabi ibrahim & yusof bina kaabah. ·

Bani khuzaah memerintah selama 3 abad di makkah.

· Kaum quraisy mula memerintah pada abad ke – 5m. · Qusai bin kilab. ·

Makkah menjadi pusat :- · Ibadat. · Perdagangan. · Kebudayaan. · Bebas daripada pengaruh kuasa asing.

· Kerajaan byzantine cuba kuasai tapi gagal.

KAUM QURAISY · Kelompok besar dari keturunan fihr bin malik. · Bani al – nadir.

· Puak – puak quraisy yang terkenal:- · Bani hashim. · Bani umaiyyah. · Bani yaqzah. · Bani adi · Bani taym.

Tokoh – tokoh quraisy yang terkenal: · Nabi muhammad. · Saidina ali bin abi talib. · Saidina abu bakar.

MASYARAKAT MADINAH SEBELUM ISLAM.

· Dikenali yathrib sebelum hijrah. ·

Kawasan lembah & pertanian yang maju.

Terletak ditengah – tengah perjalan antara syam dgn makkah. · Kawasan yang subur & strategik dari segi perdagangan.

· Agama yahudi. · Kaum yang tinggal : · Auz · Khazraj · Yahudi.

· Dua kelompok besar penduduk madinah :- · Arab. · Yahudi.

ORANG YAHUDI: · Pentingkan diri sendiri. · Tamak kuasa. · Anggap pilihan tuhan · Tidak berminat menyebarkan agama.

· Masyarakat yahudi · Berasal dari palestin.

· Tidak diketahui bila tiba di madinah.

· Terdapat 20 suku yahudi.

· 3 suku yahudi yang terkenal: · Bani qainuqa · Bani nadir. · Bani quraizah.

AUS & KHAZRAJ · Dikenali sebagai bani qailah. Khazraj yang paling

BAB 1 TAMADUN ISLAM

MAKSUD JAHILIAH

Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )

AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah

SOSIAL

2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )

Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham

2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun

EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi

ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

RUMUSAN :

Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

LATIHAN

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

HANTAR TUGASAN ANDA

name:
email:

SOALAN 1 MAKSUD JAHILIAH:
jahil dari segi agama
Quraan Merumuskan Tiada Nabi
Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan

other comments:

KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER