CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR HARAP ANDA BERSEDIA SAYA AKAN PAPARKAN TAJUK PENTING DAN SPOT QUESTION NEXT WEEK ..GAMBATTE KU DASAI JA NE
sukosensei

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, October 31, 2010

Terangkan peranan yang telah dimainkan oleh orang-orang Muhajirin dan Ansar dalam menyebarkan dan mempertahankan agama Islam pada zaman Nabi.



PENDAHULUAN

-Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Merekalah yang sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.

-Golongan Muhajirin atau penghijrah adalah kaum Quraisy yang memeluk Islam dan mengikut Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar atau pembantu terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj.
-Golongan Muhajirin merupakan golongan awal memeluk Islam dan mereka layak menjadi pemimpin kerana telah sanggup berkorban demi Nabi dan Islam.

Isi-ISI PENTING

A. Peranan Golongan Muhajirin
 
1. Peranan mereka di Mekah

Semasa berada di Mekah merekalah golongan umat Islam yang mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.

Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan oleh kaum Musyrikin Mekah keimanan mereka sukar digugat dan tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang contohnya keluarga Ammar b Yassir dan Bilal b Rabah.
Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dimana mereka banyak membeli hamba-hamba Islam yang diseksa supaya dapat dibebaskan. Arqam sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah.

Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman makkiah. Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Mekah yang lain kearah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman, Uthman, Talhah, Zubair, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah dan Arqam b Abi Arqam.

  Mereka sanggup meninggalkan Mekah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar keatas nilai keamanan umat Islam di Mekah.

2. Peranan mereka di Madinah

Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah membekalkan sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.
Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan contohnya selepas peristiwa Aqabah Nabi mengutus Mus’ab b Umair untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam.

B. Peranan Golongan Ansar

1. Peranan mereka di Mekah

Hanya terhad dalam peristiwa Aqabah 1 dan 2. Mereka sanggup menerima Islam dalam keadaan dimana orang-orang Mekah menentangnya dengan hebat. Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mengajak Nabi meninggalkan Kota Mekah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.
Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya ikrar Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.

2. Peranan mereka di Madinah

Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.
Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam terutama semasa menghadapi peperangan contohnya Salman b al Farisi.

  Golongan Ansar juga menyumbangkan banyak harta benda dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.
Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa ikrar Aqabah 1 dan 2.
Nabi Muhammad telah melantik para nuqabak (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah.
 
KESIMPULAN

Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan bagi mamastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.

0 comments:

BAB 1 TAMADUN ISLAM

MAKSUD JAHILIAH

Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL - QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25. Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban. Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “ AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi. ( majusi )

AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al – Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi & rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin. Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari. Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan hirrah

SOSIAL

2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )

Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak – puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan faham

2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan yang bertentangan dengan tamadun

EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. • Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan - badwi

ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. • Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

RUMUSAN :

Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

LATIHAN

Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM

HANTAR TUGASAN ANDA

name:
email:

SOALAN 1 MAKSUD JAHILIAH:
jahil dari segi agama
Quraan Merumuskan Tiada Nabi
Keruntuhan Zaman Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan

other comments:

KELAS KOMPUTER DI CITY CYBER RM120.00 MS OFFICE BASIC

CITY CYBER : PUSAT MAKLUMAT ANDA

WE SELL LAPTOP AND DESKTOP PC & UPGRADE COMPUTER